MH370 : Pesawat Kesan Objek Terapung

 

_73882230_nzspotted-objectmar282014

Beberapa objek pelbagai warna telah dilaporkan dilihat oleh 5 pesawat ketika dalam misi mencari pesawat Penerbangan Malaysia MH370 pada Jumaat.

Misi pencarian berpindah 1,100 km ( 685 batu) ke utara pada hari Jumaat selepas menerima maklumat baru dari Malaysia yang mengatakan pesawat kehabisan minyak lebih awal daripada jangkaan berdasarkan analisis yang terbaru.

Pihak Berkuasa Maritim dan Keselamatan Australia ( AMSA ) dalam satu kenyataan berkata, Imej fotografik objek-objek tersebut telah diambil dan ia akan dikaji malam ini.

“Objek-objek terbabit setakat ini masih belum disahkan atau dinafikan sebagai milik MH370 sehingga ia ditemui dan dibawa balik oleh kapal”, tambahnya lagi.

Pesawat P3 Orion milik Tentera Udara Di RajaNew Zealand(RNZAF) dilaporkan melihat beberapa objek berwarna putih dan terang serta satu boya memancing. Sementara itu, pesawat P3 Orion milik Tentera Udara Di Raja Australia (RAAF) turut melihat objek sama yang dilihat pesawat RNZAF, disamping dua objek segi empat tepat berwarna biru/kelabu terapung di permukaan laut.

Pesawat P3 Orion kedua milik RAAF turut melihat beberapa objek pelbagai warna di satu kawasan lain, kira-kira 546 kilometer dari kawasan penglihatan pertama. Sejumlah sepuluh pesawat dikerahkan dalam misi pencarian hari ini oleh AMSA, dan kini telah meninggalkan lokasi pencarian.

AMSA telah mengarahkan kapal peronda Pentadbiran MaritimChina, Haixun 01, yang berada berhampiran kawasan pencarian dan akan tiba untuk mencari dan mendapatkan objek-objek terbabit, esok.

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!