MH370: PM Sahkan Penerbangan Berakhir di Lautan Hindi

 

606x341_261116

Kuala Lumpur: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengesahkan penerbangan MH370 berakhir di tengah Lautan Hindi dalam sidang media tergempar tadi.

Pihak berkuasa Australia melihat sekurang-kurangnya dua objek  terapung baru di Laut India Selatan. Pesawat carian Tentera Laut Amerika Syarikat yang paling maju di dunia, P-8 Poseidon pula tidak dapat mencari objek dikesan.

Datuk Seri Najib berkata, berdasarkan analisa terbaru,  Inmarsat dan AAIB telah menyimpulkan bahawa MH370 terbang di koridor selatan  dan kedudukan terakhir yang dikesan adalah di tengah tengah Lautan Hindi, barat Perth.

“Ini adalah lokasi yang jauh dari mana-mana tapak pendaratan. Oleh itu,dengan rasa sedih dan kesal saya mesti  memberitahu anda bahawa penerbangan MH370 berakhir  di Lautan selatan India”, jelas Datuk Seri Najib.

Satu sidang akhbar akan diadakan esok untuk maklumat lanjut mengenai kejadian yang mengemparkan seluruh dunia ini.

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!