MUNAQASYAH BERSAMA GAMIS KELANTAN DAN PERJUMPAAN SSPI DI TERENGGANU

 

 

 

5 Februari 2019M | 20 Jum. Akhir 1440H

Alhamdulillah, GAMIS berkesempatan menghadiri sebuah program Munaqasyah GAMIS Kelantan di Kota Bharu dan perjumpaan bersama Presiden Sinergi Siswa Pendidik Islam (SSPI) di KualaTerengganu.

Program munaqasyah GAMIS Kelantan ini merupakan sebuah program perbincangan pembawakan GAMIS Pusat bersama GAMIS Negeri. Sepanjang perbincangan, pelbagai soalan yang dilontar oleh ahli yang hadir. Perbincangan berakhir dengan resolusi antara GAMIS Pusat dan GAMIS Kelantan.

GAMIS juga berkesempatan untuk bertemu dengan Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan, Ustaz Mohd Asri Mat Daud pada belah petang Sabtu bagi membincangkan isu-isu semasa berkaitan politik tanah air.

Di Kuala Terengganu, perjumpaan bersama Presiden SSPI, Saudara Qusyairi diadakan pada waktu 3 petang hari Ahad. Perjumpaan ini adalah merupakan perbincangan berkenaan kondisi Institut Pendidikan Guru (IPG) dan permasalahan yang dihadapi oleh para siswa IPG mendepani cabaran kerajaan baharu.

GAMIS akan terus komited mendepani cabaran kerajaan baru dan berpendirian tetap menyokong sekiranya ia memberi kebaikan dan menentang sekiranya memberikan keburukan.

“MARA BERSAMA ISLAM”

GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA (GAMIS) 2019

#GAMIS2019
#MaraBersamaIslam

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!