N25 Kajang: GAMIS Ucapkan Selamat Mengundi

1255208_728264737214133_478668029_nKAJANG – Majlis Politik Nasional GAMIS mengucapkan selamat mengundi kepada seluruh pengundi yang layak mengundi bagi kawasan DUN N25 Kajang pada hari ini.

Menurut Pengerusi Majlis Politik Nasional GAMIS, Najib Abdurrahim dalam kenyataannya, beliau mengajak seluruh pengundi N25 Kajang supaya memanfaatkan hak mereka untuk memilih pemimpin yang menjaga dan mengutamakan kebajikan dan pendidikan rakyat.

“Buat semua pengundi, pilihlah keadilan demi Malaysia yang lebih baik. Inilah masanya untuk rakyat buktikan bahawa kuasa rakyat ialah kuasa keramat,” kata beliau menurut suatu kenyataan.

Di samping itu, Timbalan Pengerusi Majlis Politik Nasional, Siti Zubaidah memperingatkan semua pengundi supaya tidak termakan dengan apa-apa cubaan rasuah dan memancing undi menggunakan wang ringgit oleh pihak-pihak tertentu yang memengaruhi para pengundi supaya mengundi calon parti mereka di samping menjauhkan diri dari sebarang provokasi ketika hari membuang undi.

“Kita berharap supaya pihak tidak bertanggungjawab ini tolong┬áhentikan budaya merasuah dan membeli undi rakyat. Sampai bilakah mahu menipu dan mempermainkan rakyat dengan wang? Hentikan budaya politik menjijikkan ini,” ujar beliau.

Pilihanraya Kecil DUN Kajang menyaksikan pertembungan antara dua parti dari Barisan Nasional (BN) Chew Mei Fun menentang calon dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail pada Ahad 23 Mac hari ini.

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!