N25 Kajang: Mahasiswa Desak Calon PRK Turun Berdialog

1476417_388102537997454_382612421_nKAJANG : Bersempena Pilihanraya Kecil DUN N25 Kajang Ahad ini, mahasiswa mendesak calon-calon bertanding turun berdialog bersama dalam Pentas Pidato Mahasiswa yang akan diadakan esok.

Menurut Presiden GAMIS, Abdul Malik, beliau menyifatkan ini merupakan medan yang paling sesuai untuk kedua-dua calon yang bertanding di Kajang tampil memberi keyakinan dan jaminan kepada golongan mahasiswa supaya memberi sokongan kepada mereka.

“Kita mahu lihat sejauh mana kedua-dua calon serius membawa agenda rakyat. Kalau benar mereka bukan bertanding semata-mata kepentingan politik, maka kami cabar mereka turun berdialog bersama kami esok,” kata beliau dalam temubual hari ini.

Menurut beliau juga, setelah sekian lama parti politik UMNO/BN memerintah negara, tidak banyak tuntutan yang dikemukan mahasiswa dilayan dengan baik oleh kerajaan, bahkan banyak dibakulsampahkan begitu sahaja.

“Mahasiswa ditangkap, dibicara di mahkamah, dipecat dari perwakilan pelajar, atau digantung universiti. Sampai bila hak kami mahu dicabul?” katanya.

“Esok kita akan biar rakyat Malaysia khususnya penduduk Kajang untuk melihat sejauh mana calon-calon bertanding PRK Kajang mahu meraikan anak muda yang menuntut di menara gading. Kami dengan ini menjemput kedua-dua calon dari PKR dan BN untuk turun berdialog dalam program kami esok. Kami akan kerahkan mahasiswa beramai-ramai untuk turun ke program Pentas Anak Muda bagi menyaksikan keseriusan calon kedua-dua parti,” katanya lagi.

Program Pentas Anak Muda dijadualkan akan berlangsung pada Khamis, 20 Mac bertempat di Stadium Kajang. Program ini menampilkan wakil-wakil mahasiswa dari pelbagai front untuk berpidato di samping sesi dialog bersama calon-calon PRK Kajang.

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!