N25 Kajang: PKR Menang Majoriti 5k, GAMIS Ucap Tahniah

10150755_389878477819860_1714873458_nKAJANG – Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Wan Azizah menang dengan majoriti undi sebanyak 5,379 undi ke atas calon dari Barisan Nasional, Datuk Paduka Chew Mei Fun dalam pilihanraya kecil DUN Kajang hari ini.

Calon PKR menang dengan undi sebanyak 16,741 undi manakala BN tewas dengan hanya mendapat 11,362 undi. Jumlah majoriti undi PKR merosot sebanyak 1,445 undi berbanding PRU13, dengan jumlah pengundi yang turun merosot dengan hanya 72% berbanding 87% ketika PRU13.

Walau bagaimanapun, kemenangan Datuk Seri Wan Azizah sudah dijangka. Menurut Pengerusi Majlis Politik Nasional GAMIS, Najib Abdurrahim, purata jumlah pengundi yang turun majoritinya adalah anak muda sekaligus membuktikan penolakan generasi anak muda terhadap pentadbiran UMNO/BN.jibby

Beliau menyifatkan inisiatif GAMIS dan front-front mahasiswa lain yang turun ke Kajang memberi kesedaran kepada pengundi di sana wajar dihargai. Menurutnya tanpa kehadiran mahasiswa, mana mungkin ia mampu memberi keyakinan kepada pengundi muda untuk memilih calon berkredibiliti yang mampu membawa agenda rakyat.

“Kehadiran kita mungkin tidak dirasai, namun apa yang penting adalah kita sama-sama menyumbang untuk memastikan BN terus menanggung kepedihan gelombang kebangkitan rakyat pasca PRU13,” katanya dipetik dari status laman sosialnya.

“Mahasiswa akan terus komited memberi sokongan dalam usaha menegakkan keadilan dan membanteras korupsi dalam politik tanah air. Mana-mana kerajaan dan pemimpin yang memperjudikan nasib rakyat demi kepentingan tertentu, kita tidak akan teragak-agak memberi tekanan kepada mereka,” katanya lagi.

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!