[ Nota Tarbawi ]

TARIKH : 9 MAC 2016

?Petikan Buku Halal dan Haram dalam Islam

” MASUK PANGGUNG WAYANG UNTUK MENONTON FILEM ”

Kebanyakan orang bertanya tentang pendirian agama Islam dlm perkara mengunjungi pawagam yg dikhususkan untuk tayangan filem, drama atau yg seumpama dgnnya. Apakah boleh bagi org Islam mengunjungi ataupun haram hukumnya?

Kita tidak menafikan pawagam atau yg seumpamanya adalah alat2 terpenting yang digunakan sebagai pengajaran dan hiburan. Disini jelaslah matlamat utama sama ada berkepentingan ke arah kebaikan atau sebaliknya. Pawagam itu sendiri tidak salah untuk dikunjungi oleh orang Islam dan tidak ada nas yang menyatakan pengharamannya . Tetapi hukum Islam dalam perkara ini bergantung pada peranannya dan apa yang dipertontonkannya jika SYARAT-SYARAT telah dipenuhi dan diikuti :

SYARAT-SYARATNYA :

1.
? Hendaklah tayangan filem atau seumpamanya bersih daripada segala perkara-perkara syubhat, lucah dan yang haram.
? Ia juga tidak bertentangan dengan aqidah , syariat Islam dan adab susilaya .
?Tidak wujud babak2 yang boleh membangkitkan nafsu syahwat lantas mendorong kepada perbuatan maksiat.
? Begitu juga aksi-aksi yang keterlaluan yang melampau yang boleh mendorong perlakuan jenayah dan 1001 perkara yang boleh merosakkan minda masyarakat , fitnah yang keterlaluan dan sebagainya.
? Jika TIDAK MAMPU mematuhi dan mengawalnya , maka masuk ke pawagam tersebut adalah HARAM khususnya kepada orang ISLAM.

2. Tidak boleh meremehkan perkara yang utama dan wajib hanya kerana alasan menonton filem . Contohnya : mengabaikan solat maghrib hanya kerana cerita di pawagam sedang ditayangkan.

3. Tiada percampuran di antara lelaki dan perempuan dan pergaulan bebas yang melampau sehingga menimbulkan fitnah dan terjadinya perkara syubhat.
» WALLAHu’alam
» Semoga bermanfaat

[Majlis Tarbiah Dan Kepimpinan Nasional, GAMIS]

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!