ODOJ: JUZ 9 (GETARAN HATI ORANG YANG BERIMAN)

ODOJ: JUZ 9 (GETARAN HATI ORANG YANG BERIMAN)
14 Mei 2019M | 9 Ramadan 1440H

View this post on Instagram

ODOJ: JUZ 9 (GETARAN HATI ORANG YANG BERIMAN) 14 Mei 2019M | 9 Ramadan 1440H Adakah kita beriman? Mudah bagi kita mengakuinya, namun apa yang sukar adalah untuk implementasi terhadap apa yang disebutkan. Maka, bukti apa yang diperlukan untuk menentukan bahawa kita benar-benar beriman? Justeru itu, surah al-Anfal ini adalah salah satu dari ayat-ayat al-Quran yang menceritakan ciri sebenar orang beriman. Mereka yang mempunyai ciri-ciri yang dinyatakan, itulah orang yang beriman yang sebenar-benarnya. يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْأَنْفَالِ قُلِ الْأَنْفَالُ لِلَّهِ وَالرَّسُولِ فَاتَّقُوا اللَّهَ وَأَصْلِحُوا ذَاتَ بَيْنِكُمْ وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ (1) إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًا وَعَلَى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ (2) الَّذِينَ يُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ (3) أُولَئِكَ هُمُ الْمُؤْمِنُونَ حَقًّا لَهُمْ دَرَجَاتٌ عِنْدَ رَبِّهِمْ وَمَغْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيمٌ (4) Maksudnya: 'Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang harta rampasan perang. Katakanlah: "Harta rampasan itu (terserah) bagi Allah dan bagi Rasul-Nya (untuk menentukan pembahagiannya). Oleh itu, bertakwalah kepada Allah dan perbaikilah keadaan perhubungan antara kamu, serta taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya, jika betul kamu orang-orang yang beriman. Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifat-Nya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah. Iaitu orang-orang yang mendirikan solat dan yang mendermakan sebahagian dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka. Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan mendapat pengkat-pangkat yang tinggi di sisi Tuhan mereka dan keampunan serta limpah kurnia yang mulia (di Syurga).' (Surah al-Anfal: 1-4) Said Qutb mengulas sangat panjang berkenaan ayat ini. Said Qutb melihat bahawa ayat ini memaparkan perbezaan antara orang yang benar keimanannya dengan mereka yang tidak benar dalam keimanan mereka

A post shared by GAMIS MALAYSIA (@gamisofficial) on

Adakah kita beriman? Mudah bagi kita mengakuinya, namun apa yang sukar adalah untuk implementasi terhadap apa yang disebutkan. Maka, bukti apa yang diperlukan untuk menentukan bahawa kita benar-benar beriman?
Justeru itu, surah al-Anfal ini adalah salah satu dari ayat-ayat al-Quran yang menceritakan ciri sebenar orang beriman. Mereka yang mempunyai ciri-ciri yang dinyatakan, itulah orang yang beriman yang sebenar-benarnya.

يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْأَنْفَالِ قُلِ الْأَنْفَالُ لِلَّهِ وَالرَّسُولِ فَاتَّقُوا اللَّهَ وَأَصْلِحُوا ذَاتَ بَيْنِكُمْ وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ (1) إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًا وَعَلَى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ (2) الَّذِينَ يُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ (3) أُولَئِكَ هُمُ الْمُؤْمِنُونَ حَقًّا لَهُمْ دَرَجَاتٌ عِنْدَ رَبِّهِمْ وَمَغْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيمٌ (4)

Maksudnya: ‘Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang harta rampasan perang. Katakanlah: “Harta rampasan itu (terserah) bagi Allah dan bagi Rasul-Nya (untuk menentukan pembahagiannya). Oleh itu, bertakwalah kepada Allah dan perbaikilah keadaan perhubungan antara kamu, serta taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya, jika betul kamu orang-orang yang beriman. Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifat-Nya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah. Iaitu orang-orang yang mendirikan solat dan yang mendermakan sebahagian dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka. Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan mendapat pengkat-pangkat yang tinggi di sisi Tuhan mereka dan keampunan serta limpah kurnia yang mulia (di Syurga).’
(Surah al-Anfal: 1-4)

Said Qutb mengulas sangat panjang berkenaan ayat ini. Said Qutb melihat bahawa ayat ini memaparkan perbezaan antara orang yang benar keimanannya dengan mereka yang tidak benar dalam keimanan mereka.
Beliau menulis:
“al-Quran menggunakan pengungkapan yang sangat halus dari segi struktur lafaz-lafaznya untuk menggambarkan pengertiannya yang tersirat. Di dalam ayat ini terdapat penggunaan ‘Innama’ (sesungguhnya) yang memberi penekanan atau penegasan yang mendalam, yang tidak memberi ruang untuk ditakwilkan, dengan maksud “Keimanan yang sempurna”.

Maka dengan itu, ayat ini menyatakan dengan jelas bahawa mereka yang mempunyai sifat atau ciri-ciri yang dinyatakan, mereka itulah orang-orang yang benar keimanannya. Manakala yang bukan, ternyata keimanan mereka masih belum sempurna.

CIRI-CIRI ORANG BERIMAN YANG DINYATAKAN:
Ayat 1: Bertakwalah kepada Allah dan perbaikilah keadaan hubungan sesama sendiri, serta taat kepada Allah dan Rasul.
Ayat 2: Apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifat-Nya) gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya, bertambah iman. Mereka bertawakkal kepada Allah.
Ayat 3: Mendirikan solat dan menunaikan zakat.

Justeru, mereka yang ingin menyatakan bahawa diri mereka beriman dengan keimanan yang sebenar, hendaklah mereka menggerakkan diri mereka untuk memenuhi ciri-ciri yang dinyatakan. Kerana akhirnya, pembuktian iman itu adalah pada tindakan bukan hanya pada kata-kata semata.

Jom baca al-Quran dan fahami ayat-ayatnya !

“MARA BERSAMA ISLAM”

MAJLIS TARBIAH DAN KEPIMPINAN NASIONAL
GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA (GAMIS) 2019

#MadrasahRamadan
#MaraBersamaIslam

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!