“OUR UNITY, OUR STRENGTH”

20 JAN 2016

Persepakatan adalah suatu kekuatan.Namun mencapainya bukan suatu yang mudah, bukan semudah laungan semangat.Ia perlukan jiwa besar, toleransi dan kerja keras bersama.

Setelah wakil-wakil persatuan dan negara bersetuju menubuhkan Asean Muslim Student Association (AMSA) ia memberi maksud yang besar. Suatu target dan tanggungjawab besar bakal menanti.

Semasa perbincangan resolusi, pelbagai idea yang dilontarkan oleh para perwakilan untuk AMSA.Bermula dari sudut Dakwah, pendidikaan, kebajikan sehingga kepada pergerakan AMSA itu sendiri.

AMSA kini sedang menyusun langkah untuk bergerak ke hadapan.Segala resolusi harus dilaksanakan oleh kepimpinan AMSA.Pertemuan seterusnya di Kemboja pada hujung tahun ini jika tiada aral melintang, InsyaAllah.

Dan kami, beberapa wakil Malaysia yang dilantik didalam organisasi AMSA akan menjalankan amanah sebaiknya, insyaAllah. Itu azam kami.

“Our Unity, Our Strength”

 

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!