PAKATAN HARAPAN MUNGKIR JANJI: DEPA MENANG, RAKYAT TERBONGKANG

1. 18.08.2018 genap 101 hari pemerintahan Pakatan Harapan dengan rekod kegagalan untuk menunaikan 10 Janji 100 Hari yang mereka jual kepada seluruh rakyat Malaysia untuk memenangi PRU-14. Meskipun bermacam jenis alasan yang diberikan oleh kepimpinan kerajaan Pakatan Harapan, hakikatnya janji mereka hanyalah suatu pembohongan & modal kemenangan PRU-14 semata-mata.

2. 5,685,252 pengundi atau 50.1% Pakatan Harapan di seluruh Malaysia hanya menjadi mangsa & sudah tersepit kerana memilih Pakatan Harapan pada PRU-14 yang lalu. Pengundi Pakatan Harapan & pembangkang menaruh harapan yang tinggi moga kerajaan baharu yang akan tertubuh selepas PRU-14 ini tidak mewarisi pusaka & keangkuhan UMNO-Barisan Nasional. Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi. Majoriti pimpinan Pakatan Harapan yang asalnya daripada Barisan Nasional hanya menyambung episod kerakusan & keangkuhan mereka di Putrajaya.

3. Pengundi-Rakyat Malaysia berasa tertipu. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad & konco-konconya tidak memberikan pilihan kepada rakyat Malaysia. “SAMA ADA KAMU BERSAMA KAMI, ATAU KAMU MENENTANG KAMI! Harapan rakyat Malaysia bahawa kerajaan baharu ini bakal menawarkan keterbukaan & keharmonian hanyalah pembohongan hidup-hidup kepada seluruh rakyat Malaysia. Polemik yang dimainkan hanyalah meletakkan kesalahan kepada kerajaan lama & menyeksa rakyat dengan janji manis yang telah dimungkiri.

GAMIS MALAYSIA AKAN MELANCARKAN GERAKAN PERIT

4. GAMIS Malaysia menyeru kepada seluruh rakyat sudah tiba masanya untuk kita memecahkan keheningan & kebisuan ini. GAMIS akan melancarkan gerakan Protes Rakyat Tertipu (PERIT) untuk mengumpulkan rakyat Malaysia termasuk pengundi yang nyata kecewa memilih kerajaan Pakatan Harapan untuk protes & mengugut kerajaan Pakatan Harapan ini supaya tunduk & sujud kepada suara rakyat.

5. Negara ini dibina oleh rakyat, kepayahan & keringat mereka akhirnya dikhianati dengan membuang undi kepada Pakatan Harapan yang hanya mahu menyelamatkan kedudukan mereka di Putrajaya dan menikmati ghanimah menjadi kerajaan.

6. Khas untuk kerajaan 50.1% ini, rakyat Malaysia termasuk pengundi Pakatan Harapan tidak mahu beli lagi alasan kamu. 100 Hari kamu sudah tamat. Keperitan rakyat selama 61 tahun ini akan kita tamatkan serta-merta dengan Pakatan Harapan sebagai kuburnya. SIAP-SIAP UNTUK TALKINKAN PAKATAN HARAPAN!

#PERIT
#ProtesRakyatTertipu
#RakyatDitipuHidupHidup

YAZID KHAIRUL AZMAN
Pengerusi
Majlis Politik Nasional GAMIS

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!