Panduan Berhari Raya Buat Wanita

-SINERGI GERAKAN MAHASISWI (SIGMA) –

Panduan Berhari Raya Buat Wanita:

1. Hidupkan malam Hari Raya dengan solat, membaca Al-Quran, berzikir, berdoa dan istighfar.

2. Memakai pakaian yang indah (menutup aurat dan mengikut syariat Islam).

3. Bertakbir.

4. Menunaikan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri.

5. Pastikan gambar-gambar yang di kongsikan di media sosial dalam keadaan yang sopan dan menutup aurat.

6. Tidak tabarruj (melampau dalam berhias).

7. Mengeratkan hubungan silaturrahim dengan ziarah-menziarahi.

8. Kurangkan masa bersama telefon bimbit dan lebihkan masa bersama sanak-saudara.

9. Ringankan tulang dalam membantu keluarga di rumah.

10. Makan dan menjamu selera dengan sederhana.

11. Hanya bersalaman dengan yang mahram.

12. Jaga solat dan amal ibadat.

13. Mengucapkan tahniah sempena Hari Raya misalnya:

تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَ مِنْكُمْ

“Taqabbalallahu minna wa minkum” yang bermaksud, “Semoga Allah menerima amalan kami dan kamu”.

Selamat Hari Raya Aidilfitri ☺️

“ISTIQAMAH BERSAMA ISLAM”

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!