PELANCARAN DOKUMEN MALAYSIA SEJAHTERA OLEH GAGASAN SEJAHTERA

Putrajaya – Blok Kuasa Ketiga, Gagasan Sejahtera telah melancarkan fasa kedua manifesto Gagasan Sejahtera, Dokumen Malaysia Sejahtera. Dokumen ini mengandungi Manifesto Malaysia Sejahtera, Dokumen Budaya Politik Matang Sejahtera (BPMS), Dokumen Hijau dan Wawasan Induk Negara Sejahtera (WiNS 2051). Pelancaran Dokumen Malaysia Sejahtera ini telah disempurnakan oleh Pengerusi Gagasan Sejahtera merangkap Presiden PAS, Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang di The Everly Hotel, Putrajaya semalam.

Manifesto Malaysia Sejahtera fasa kedua ini mengandungi 84 tawaran kepada 12 kelompok masyarakat; wanita, golongan kelainan upaya (OKU), anak muda, golongan para petani, penternak, nelayan, peneroka felda, penjawat awam, pekerja swasta, warga emas dan pesara, orang asal, usahawan, korporat, dan prihatin alam sekitar.

Dengan dokumen ini, besar impian kami untuk melihat anak muda harapan bangsa membuka mata dan bangkit bersama dalam bahtera Menuju Malaysia Sejahtera.

#TeamSejahtera
#JomBalikUndi
#SelamatkanNegara
#GAMIS4PRU14

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!