Pemotongan PTPTN Mahasiswa USIM Dikecam

IMG-20140305-WA0043

NILAI: Isu pemotongan PTPTN tanpa notis yang dilakukan oleh pihak Pengurusan USIM kepada mahasiswa dan mahasiswi mengundang kemarahan mahasiswa kampus tersebut dan dianggap sebagai suatu penipuan.

Isu ini tidak sepatutnya berlaku pada sebuah Universiti yang telah menerima Anugerah Best Manager of this Year di London pada bulan Disember lepas kerana telah menzalimi dan menekan mahasiswa.

Pihak Majlis Perwakilan Pelajar USIM menurut salah seorang wakilnya berkata, pihak pengurusan USIM perlu segera menyelesaikan masalah ini agar kebajikan Mahasiswa USIM tidak diabaikan.

“Kami akan sentiasa mengikut rapat perkembangan semasa di USIM, sekiranya perkara ini tidak diselesaikan dalam kadar segera, pihak kami tidak teragak-agak untuk membawa kes ini ke pihak berwajib.”

Berikut merupakan isu penyebab masalah berlaku di USIM:

Isu 1;
-Bendahari USIM tidak menguruskan lejar kewangan mahasiswa dengan sistematik dan cekap

Isu 2;
-Semua wang PTPTN pelajar dipotong selepas dikredit masuk ke akaun pelajar tanpa notis dan dokumen persetujuan bertulis (kecuali beberapa orang yang menandatangani borang sahaja ). Hal ini menunjukkan Bendahari USIM melanggar hak pelajar dan etika kerja.

Isu 3;
-Bendahari USIM tidak mengeluarkan notis awal / memorandum tentang pemotongan PTPTN daripada akaun semua pelajar.

Isu 4;
-Pihak Bendahari USIM seolah-olah tidak mahu bersemuka dengan mahasiswa. Urusan di pejabat Bendahari juga tidak mesra pelanggan.

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!