PENCEMARAN SISA KIMIA : SERUAN MAHASISWA SOLAT HAJAT MOHON PERTOLONGAN YANG MAHA KUASA

PENCEMARAN SISA KIMIA : SERUAN MAHASISWA SOLAT HAJAT MOHON PERTOLONGAN YANG MAHA KUASA

KENYATAAN MEDIA GAMIS PERAK

1. Gempar dengan pencemaran bahan beracun Metana kedalam sungai Sungai Kim Kim telah menjadi insiden buruk di Daerah Seri Alam, Johor. Peliknya insiden ini telah belarutan seminggu namun tiada tindakan yang pantas dan tuntas oleh kerajaan dan agensi terbabit mengakibat ramai yang terdedah kepada bahaya terutama pelajar sekolah serta penduduk setempat. Kerajaan Negeri Johor juga telah bermusyuarat dan mengaku telah menangkap tiga suspek berkaitan kes ini.

2. Lebih mengejutkan angka mangsa yang terlibat telah meningkat mendadak iaitu 566 mangsa melibatkan kalangan orang awam dan pelajar. Seramai 207 mangsa direkodkan dengan 29 mangsa dirujuk ke Klinik Kesihatan, 77 mangsa ke Hospital Sultan Ismail dan 35 ditahan di wad. Yang membimbangkan empat mangsa kritikal dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).

3. Difahamkan sebanyak 16 sekolah terpaksa diarahkan tutup serta menghentikan sesi akademik. Namun, siang tadi dilaporkan masih ada pelajar yang terlibat sebagai mangsa boleh rujuk https://www.sinarharian.com.my/…/Cemas-lagi-pelajar-mangsa-….

4. Perkembangan yang berlaku ini menunjukkan kelemahan Kerajaan PH Negeri Johor untuk bertindak secara tuntas dan pantas dalam menghilangkan kerasahan rakyat yang menghadapi bencana ini. Bahkan Sultan Johor, Tuanku Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah murka dengan perkara ini.

5. Saya selaku Pengerusi GAMIS Perak melahirkan simpati dan sedih atas situasi ini. Saya menggesa Kerajaan Persekutuan harus campur tangan dengan segera membentuk Jawatankuasa khas bagi menangani pencemaran ini dengan serius. Saya juga nasihatkan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor mengarahkan semua sekolah dalam lingkungan tumpahan asid metana ditutup segera. Saya juga menyeru orang ramai supaya menjauhi kawasan tersebut dan tidak terlibat dengan aktiviti luar terutama kanak-kanak agar angka mangsa keadaan tumpahan Metana ini tidak meningkat lagi.

6. Saya juga mengajak seluruh Mahasiswa dipelusuk negara terutama Mahasiswa Perak Untuk melakukan solat hajat dan berdoa agar musibah bencana ini diselesai segera serta mereka yang mejadi mangsa di mudahkan segala urusan.

“Bergerak Bersama GAMIS”
“Mara Bersama Islam”

AYUB SAFUAN AZHARI
PENGERUSI GAMIS PERAK 2019

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!