Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) ditubuhkan pertama kalinya pada tahun 1989 oleh Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), Mohd Yusof Abdullah sebagai sebuah front untuk membawa isu-isu mahasiswa dan rakyat bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-8 pada ketika itu. GAMIS pada ketika itu mendepani isu-isu kemiskinan bandar dan luar bandar, isu pendidikan tinggi, isu rampasan tanah dan pelbagai lagi. Melalui GAMIS, mahasiswa dari kebanyakan kampus utama di seluruh tanah air berjaya dikumpulkan dalam satu wadah Islam untuk mendepani isu-isu nasional dan antarabangsa bagi membawa suara Islam.

Presiden GAMIS:

1989-1990 : Mohd Yusof Abdullah (UM)
1990-1992 : Tiada kepimpinan
1992-1993 : Ust Mohd Puad Abdul Wahab
1993-1994 :Dr. Mohd Zuhdi Marzuki
1998-1999 : Zaharuddin Abd Rahman (UM)
1999-2000 : Borhanuddin Ahmad (UIAM)
2000-2001 : (Allahyarham) Kamarul Zaman Abdullah (USM)
2001-2002 : Izwan Mohd Yusoff (UM)
2003-2004 : Khairul Anwar Md Zaki (UM)
2004-2005 : Ramadhan Fitri Elias (UM)
2005-2006 : Mohd Hanif Baderun (UM)
2006-2007 : Ahmad Tarmizi Che Din (UIAM)
2007-2009 : Dzulkhairi Khairi Mohd Noor (UM)
2009-2010 : Mohd Idris Mohd Yusoff (UKM)
2010-2011 : Ahmad Syazwan Hassan (UM)
2011-2012 : Akram Ikrami Taib Azamudden (KUIS)
2012-2014 : Muhamad Azan Safar (UKM)
2014-2015 : Abdul Malik Ab RazakĀ (UIAM)

2015-2016 : Mohd Imran Bin Ishak (USIM)

2016-2017 : Shukri Ali Marshidi (USIM)

2017-2018 : Muhammad Faizzuddin bin Mohd Zai (UIAM)