PERASMIAN PENUBUHAN GAMIS NEGERI KEDAH

PERASMIAN PENUBUHAN GAMIS NEGERI KEDAH
5 September 2019M | 6 Muharam 1441H

PERASMIAN PENUBUHAN GAMIS NEGERI KEDAH5 September 2019M | 6 Muharam 1441H1. Pada 31 Ogos 2019, Majlis Pelancaran…

Posted by Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia – GAMIS on Khamis, 5 September 2019

1. Pada 31 Ogos 2019, Majlis Pelancaran Penubuhan Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) Negeri Kedah telah dirasmikan oleh Saudara Mohamad Afiq Faiz bin Mohamad Sabri, Timbalan Presiden GAMIS Nasional di Jerai, Kedah Darul Aman.

2. Dalam majlis yang sama, turut dibuat pelantikan Pengerusi GAMIS Negeri iaitu Saudara Ahmad Afiq bin Mohd Ghouse dan Pengerusi Sinergi Gerakan Mahasiswi (SIGMA) Negeri, ‘Iffah Hanani binti Abdullah.

3. Saudara Afiq Faiz dalam ucapan beliau menyebut bahawa negeri Kedah pernah melahirkan pejuang-pejuang kemerdekaan yang sangat hebat seperti Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, Bapa Kemerdekaan dan al-Syahid Ustaz Ibrahim Libya, pejuang Memali. Beliau juga menyebut bahawa kesatuan mahasiswa Islam di peringkat negeri dan nasional adalah sangat penting untuk mengangkat suara Islam dari semua peringkat.

4. Objektif penubuhan GAMIS Kedah meliputi tiga (3) perkara iaitu:
i) Mengangkat isu-isu mahasiswa dan rakyat meliputi kebajikan, pendidikan, dan kos sara hidup.
ii) Capaian GAMIS sebagai suatu wadah untuk membawa suara Islam.
iii) Sebagai semak dan imbang kepada kerajaan negeri dan pembangkang meliputi polisi dan program yang melibatkan mahasiswa dan rakyat.

5. GAMIS berbesar hati dengan lahirnya sayap baharu ini dan diharapkan agar terus istiqamah dalam mengungguli suatu kebangkitan mahasiswa Islam di bahagian utara Semenanjung Malaysia.

“MARA BERSAMA ISLAM”

GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA (GAMIS) 2019

#GAMIS2019
#MaraBersamaIslam

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!