PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO SEMPENA MADRASAH RAMADAN

PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO SEMPENA MADRASAH RAMADAN
28 Mac 2019M | 21 Rejab 1440H

Sempena menyambut Bulan Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi, Majlis Dakwah dan Kebajikan Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) akan mengadakan pertandingan mencipta logo Madrasah Ramadan. Hanya satu pemenang sahaja yang akan dipilih dan hadiah yang akan diberikan bernilai RM 100.00 (Seratus Ringgit Sahaja).

SYARAT DAN TERMA PERTANDINGAN:
1. Pertandingan terbuka kepada semua rakyat Malaysia.
2. Semua rekaan mestilah asli dan belum pernah digunakan oleh sebarang pertandingan / organisasi / institusi.

SPESIFIKASI REKA BENTUK LOGO:
1. Konsep logo adalah bercirikan Bulan Ramadan yang bertemakan CINTA RASUL.
2. Reka bentuk logo hendaklah dihantar dengan menggunakan format Ai (Adobe Ilustrator) atau .jpeg dengan resolusi minimum 1280 x 950 atau menggunakan software terkini yang bersesuaian.
3. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 10 April 2019 (Rabu) sebelum 11.59 malam.

Hantarkan penyertaan anda ke alamat emel:
[email protected]

Sila sertakan maklumat penyertaan berikut:
Nama Penuh:
Nombor Kad Pengenalan:
Alamat dan Nombor Telefon:

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Nabilah Solehah: 0176722548

“MARA BERSAMA ISLAM”

MAJLIS DAKWAH DAN KEBAJIKAN
GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA (GAMIS) 2019

#GAMIS2019
#MaraBersamaIslam

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!