Pertemuan Terakhir Aktivis Gerakan Mansuhkan ISA (GMI)

SHAH ALAM- Majlis Meraikan Keluarga Besar Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) merupakan program terakhir bagi mendapat sokongan utama dari pihak Harakah yang selama ini memberi sokongan padu terhadap gerakan anti-ISA.

Ianya diadakan dengan tujuan menghimpun dan meraikan semua bekas tahanan ISA, keluarga, aktivis dan peguam yang berjuang sehingga ISA dimansuhkan.

Majlis dimulakan dengan ucapan dari pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh yang juga merupakan naib Presiden IKRAM.

YAB Tan Sri Dato Seri’ Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor menyatakan bahawa kerajaan Selangor adalah kerajaan negeri yang pertama yang meluluskan usul Mansuhkan ISA.

Turut serta hadir dalam majlis ini,  Datin Seri Wan Azizah, Ahmad Lutfi Osman, peguam, keluarga bekas tahanan ISA serta lain-lain pihak yang terlibat.

Majlis diserikan lagi dengan deklamasi puisi dari A.Samad Said dan saudara Affendi serta nyanyian dari Nik Jidan.1926668_1457842577782949_146742056_n

Pesan terakhir Syed Ibrahim sebelum beredar dari majlis, “Saya serius apabila anak muda harus menyambung perjuangan menyelamatkan Malaysia daripada undang-undang rimba yang zalim, namun untuk menggerakkan suatu gerakan, anak muda hendaklah menepati masa, berani, berstrategi dan menggerakkan isu kena dengan masanya terlebih dahulu”.

kata-kata yang cukup terkesan dari Nelson Mandela, “To be free is not merely to cast off one’s chains but to live in a way that respects and enhances the freedom of others”.

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!