PERTEMUAN TERTUTUP GAMIS BERSAMA PEMIMPIN TERTINGGI WORLD UYGHUR CONGRESS

 

 

PERTEMUAN TERTUTUP GAMIS BERSAMA PEMIMPIN TERTINGGI WORLD UYGHUR CONGRESS

17 Januari 2019 | 11 Jamadil Awwal 1440H

1. Pada 15 Januari 2019, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia(GAMIS) telah menghadiri satu pertemuan tertutup bersama tiga orang pemimpin tertinggi World Ughyur Congress di Kuala Lumpur.

2. Pertemuan ini telah diatur oleh Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM). Turut hadir dalam perjumpaan ini adalah En. Omer Kariat dan En. Turgunjan Alawdun dari Projek Hak Asasi Manusia Uyghur, serta dua orang wakil pelajar UiTM.

3. Tujuan pertemuan ini diadakan adalah untuk mendapatkan lebih banyak maklumat daripada sumber primer dan memahami situasi semasa umat Islam di Uyghur.

4. Selain itu, beberapa cadangan tindakan telah dibincangkan bersama-sama dalam usaha membangkitkan kesedaran rakyat Malaysia dan membantu masyarakat Uyghur.

5. GAMIS mengambil serius isu ini dan bersiap sedia dengan pelan perancangan untuk tindakan yang seterusnya.

6. GAMIS mengalu-alukan segala bentuk kerjasama daripada mana-mana pihak khususnya persatuan-persatuan mahasiswa untuk turut bersama kami dalam mencari solusi yang terbaik untuk isu ini.

7. GAMIS berharap agar rakyat Malaysia khususnya para mahasiswa sentiasa cakna dan bersedia untuk membantu saudara Islam kita yang sedang ditindas.

“MARA BERSAMA ISLAM”

GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA (GAMIS) 2019

#GAMIS2019
#MaraBersamaIslam

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!