Perutusan Eidul Fitri 1437H

13567051_765004593640578_4439716528952184102_n

الله أكبر الله أكبر الله أكبر ولله الحمد

Tiada kegembiraan sebenar bagi orang mukmin melainkan diampunkan dosanya dan Allah redha padanya. Kerana itu Ramadhan sangat dihargai dan diilalui dengan penuh keimanan dan pengharapan.

Hari ini Eidul Fitri, syariat Allah untuk hambaNya bergembira, kerana kembali kepada fitrah suci daripada dosa. Betakbirlah, bergembiralah wahai orang betaqwa, perayaan ini kurniaan Allah untuk kamu.

Sahabat-sahabat sekalian,

Setelah kita bermujahadah beribadah dalam ramadhan, kini tibalah masanya manifestasi sebenar taqwa. Disinilah ujian kekuatan bermula, nilai tarbiah Ramadhan kita terletak pada istiqamah kita dibulan seterusnya.

Sempena Hari Raya, seruan kami untuk semua mahasiswa muslim, marilah kita bergembira, beraya dengan mengikut sunnah rasuluLlah SAW. Dari sekecil perkara hingga sebesar perkara. Sambut dengan penuh syukur dan menjauhi perkara yang dimurka Allah.

Dalam masa yang sama, santunilah masyarakat dengan penuh adab dan rahmah, tunjukkan ketinggian budi anak muda muslim. Elakkan menjadi orang yang membawa masalah dan menyusahkan orang lain pula.

Dikesempatan ini, kami mewakili kepimpinan GAMIS keseluruhanNya mengucapkan Selamat Hari Raya Eidul Fitri kepada anda semua. Kami memohon maaf diatas segala salah silap sepanjang tugasan kami.

Akhir sekali, kami juga mendoakan agar amalan kita semua sepanjang ramadhan diterima oleh Allah, digolongkan bersama orang bertaqwa dan diberi kekuatan untuk terus Istiqamah dijalanNya. Amin

“Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan ramadhan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur” (Al-Baqarah/185)

Sekian,

“BERSAMA MELANGKAH, MENUJU PERUBAHAN”

MUHAMMAD AFIQ B AWANG BAKAR
PRESIDEN GAMIS 16/17

NUR WAHIDAH BT MOHD ZAMRI
PENGERUSI SIGMA 16/17

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!