Perutusan Ramadhan GAMIS Nasional

 

“يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ”
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu puasa, sebagaimana diwajibkan ke atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa”
[Al-Baqarah:183]

Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan al-Mubarak kepada semua umat Islam di seluruh Malaysia.

Sebagaimana pensyariatan puasa yang telah ditetapkan kepada umat sebelum ini, begitulah juga kewajipannya terhadap umat Nabi Muhammad S.A.W. Maka hendaklah kita bersungguh-sungguh menjalankan kewajipan ini dengan lebih sempurna berbanding umat sebelum ini.

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ ۚ
Maksudnya: “Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah”
[Al-Baqarah:185]

Allah SWT turut memuliakan bulan Ramadhan berbanding bulan yang lain dengan memilihnya sebagai bulan yang diturunkan Al-Quran. Sebagaimana firman-Nya:
ِ إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ
“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar”
[Al-Qadr:1]

Berkait rapat dengan pendalilan ini, marilah kita menggunakan bulan Ramadhan ini untuk meningkatkan pemahaman terhadap Al-Quran, sehingga benar-benar mampu menjadi kunci utama kepada kita dalam membezakan apa jua perkara yang haq dan yang batil, mahupun perkara halal dan haram.

Moga-moga kehadiran Ramadhan pada kali ini mampu memberikan kesan yang jauh lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya, dan akhirnya berjaya mencapai tingkatan Taqwa.

“Melangkah Bersama Islam”

Jabatan Penerangan dan Informasi
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) 2017

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!