Pidato Anwar Ibrahim di UM Tetap Akan Diteruskan

1016422_976210235738718_6619379179248919032_nKUALA LUMPUR – Yang DiPertua Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya, Fahmi Zainol tetap bertegas untuk menganjurkan pidato umum Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang dijadualkan pada 27 Oktober ini walaupun telah mendapat notis amaran dari pihak universiti.

Menurut beliau, dengan mengambil semangat solidariti terhadap kes penganiayaan terhadap DS Anwar Ibrahim pada 28 dan 29 Oktober ini, beliau yakin 27 Oktober 2014 ini akan menjadi kemuncak kepada kebangkitan mahasiswa.

“Oleh itu, saya menyeru seluruh mahasiswa dan anak muda untuk sama-sama hadir dan mendengar pidato yang akan disampaikan oleh DS Anwar Ibrahim pada 27 Oktober ini di Dataran Dewan Tunku Canselor UM (DTC UM). Seterusnya kita akan bersama-sama ke Putrajaya pada keesokan harinya untuk bersolidariti bersama DS Anwar Ibrahim,” kata beliau dalam kenyataan rasmi.

Beliau telah mendapat notis dari pihak universiti melalui Timbalan Naib Canselor (HEP), Datuk Rohana Yusof yang memberi amaran bahawa beliau akan dikenakan tindakan tatatertib sekiranya beliau gagal memberi maklum balas sebelum 24 Oktober.

Dalam pada itu, Anwar Ibrahim juga memaklumkan kepada media bahawa beliau tidak mendapat apa-apa notis berhubung pembatalan program tersebut oleh pihak universiti terbabit.

“Saya tetap akan pergi (ke UM). Apa hak mereka untuk halang saya?” ujar beliau.

Acara pidato tersebut yang diberi tajuk “Pidato Umum Anwar Ibrahim: 40 Tahun Dari UM ke Penjara” mendapat liputan media dan respon meluas dari pelbagai pihak berikutan program tersebut merupakan acara kemuncak bagi Ketua Pembangkang tersebut kerana keesokannya beliau akan dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan meliwat yang membawa kepada hukuman penjara beliau selama 5 tahun.

10433114_722721041151789_1842992298795805592_n

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!