PILIHANRAYA KAMPUS : GAMIS KECEWA MENTERI LAMBAT AMBIL TINDAKAN

Berikutan daripada kenyataan media oleh YB Menteri Pendidikan Malaysia dalam Sinar Harian, pada 24 Oktober 2018 dengan tajuk ‘Pilihanraya Kampus Era Malaysia Baharu’, kami mengucapkan tahniah kepada YB Menteri Pendidikan Malaysia kerana akhirnya telah mengambil tindakan yang serius untuk melakukan reformasi dalam sistem Pilihanraya Kampus. GAMIS sejak dahulu telah memperjuangkan isu ini dan era Malaysai Baharu ini adalah peluang yang baik untuk mahasiswa merasai kembali proses demokrasi yang tulen dan memberikan manfaat kepada masyarakat kampus.

GAMIS dalam satu pertemuan tertutup bersama YB Menteri Pendidikan Malaysia di Everly Hotel Putrajaya pada 1 Oktober 2018 yang lalu telah menyerahkan satu dokumen aduan kepada Pegawai Khas YB Menteri Pendidikan dan telah menyuarakan pendapat GAMIS terhadap kesalahan-kesalahan yang ada di dalam proses Piliharaya Kampus pada tahun sebelum-sebelum ini.

Namun, adalah menjadi kekecewaan bagi kami penggerak mahasiswa apabila tidak ada tindakan yang serius daripada YB Menteri Pendidikan untuk mengatasi isu ini.

Untuk makluman YB Menteri Pendidkan, dengan sikap YB Menteri yang tidak mengambil berat terhadap isu Pilihanraya kampus ini, sudah terdapat beberapa kampus yang telah digadaikan proses demokrasi kampus mereka di era Malaysia Baharu ini diantaranya ialah kampus UTHM, UKM, USIM dan UTM.

Sepatutnya YB Menteri mengambil sika bertanggungjawab dan menjadi contoh kepada pemimpin mahasiswa di kampus dengan mengambil tindakan yang cekap dan pantas melalui kuasa YB sebagai seorang menteri. Namun sebaliknya berlaku, puluhan ribu mahasiswa telah tergadai hak demokrasi mereka dalam PRK yang telah berlansung.

Kampus-kampus ini telah berlangsungnya Pilihanraya Kampus di universiti mereka dengan menggunakan undang-undang kuno yang lama dan tidak demokratik.  Ini adalah kesan dan akibat apabila YB Menteri tidak cakna kepada perkembangan isu semasa di kampus dan angkuh tidak mengambil tindakan segera kepada keluhan kami tempoh hari.

Mungkin kami tidak ada harga di sisi YB Menteri sehinggakan dokumen aduan kami tidak dipandang oleh YB Menteri Pendidikan Malaysia, namun kami ada maruah dan kami cintakan kampus kami.

Disamping proses reformasi sistem Piliharaya Kampus ini juga, GAMIS menyeru kepada YB Menteri untuk memberikan autonomi kepada Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) dengan memberikan mereka kuasa kebebasan untuk mengurus wang aktiviti pelajar yang diperuntukkan melalui yuran semester dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Hal ini adalah perkara yang sangat penting dan mesti menjadi keutamaan dalam agenda memperkasa demokrasi kampus agar MPP dalam negara kita kembali menjadi badan perwakilan yang berwibawa, cekap mentadbir dan mampu menyelesaikan masalah masyarakat kampus. YB Menteri mestilah memberikan kepercayaan kepada kami mahasiswa untuk mengurus wang aktiviti pelajar kami sendiri tanpa ada campur tangan oleh pihak pentadbiran kampus (HEP). Semoga dengan reformasi ini, MPP di Malaysia mampu untuk berdaya saing di peringkat antarabangsa kelak.

Sekian.

“Istiqamah Bersama Islam “

 

Delegasi GAMIS menyerahkan memorandum aduan kesalahan-kesalahan perlaksanaan PRK kepada SUHAKAM pada 7 September 2018.

 

Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) 2018

 

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!