PRU14: REBAHNYA SANG PENGUASA (SIRI 1)


Oleh: Muhammad Hafizuddin Mohamad (Timb. Pengerusi II Majlis Politik & Nasional)

Awal pagi 10 Mei, telah menyaksikan tumbangnya sang penguasa UMNO-BN setelah 60 tahun menguasai tampuk pemerintahan bumi Malaysia. Peristiwa bersejarah ini telah disaksikan jutaan rakyat Malaysia yang bersekang mata menunggu keputusan penuh setelah pada siangnya berjuang mentitipkan simbol pangkah di kertas undi. Tsunami rakyat ini telah mencetuskan arus perubahan Malaysia yang bakal diterajui oleh kerajaan baharu hasil gabungan PKR-DAP-AMANAH-PPBM (Pakatan Harapan) dan parti di belah Sabah iaitu WARISAN.

Dalam masa yang sama, Pakatan Harapan telah berjaya mengekalkan status quo di Pulau Pinang dan Selangor. Paling mengejutkan, UMNO-BN terpaksa merelakan negeri dimana tertubuhnya UMNO sejak 1946 iaitu Johor jatuh ke tangan pembangkang di samping beberapa buah negeri lain di Pantai Barat (Melaka,Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Kedah). UMNO-BN hanya berjaya mengekalkan kubu kuatnya iaitu Perlis, Pahang dan Sarawak.

Jangan dilupakan, veteran politik Malaysia, Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang berjaya mengekalkan Kelantan dan merampas Terengganu dengan masing-masing mendapat majoriti mudah menunjukkan tsunami hijau yang dicetuskan telah mewujudkan blok politik yang mempunyai kuasa negara tersendiri. Disamping itu, berjaya menggarap 18 kerusi Parlimen iaitu jumlah tertinggi yang diperoleh PAS walaupun bersendirian. Kedudukan ini merupakan keempat tertinggi dalam hierarki parti politik Malaysia iaitu selepas BN, PKR, DAP. Amanah dan PPBM masing-masing mendapat 10 dan 12 kerusi. Hal ini telah menunjukkan kuasa politik PAS tidak boleh dipandang sepi dan idea “king maker” adalah realistik walaupun tidak mendapat 40 kerusi.

Tepat jam 9.30 malam sebentar tadi, kembalinya Tun Dr Mahathir Mohamed ke tampuk Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh tapi pada kali ini bersama dengan parti yang berbeza. Seperti disebutkan pengacara tv2, Tun adalah Perdana Menteri tertua di dunia. Adakah Mahathir berjaya menyelamatkan Malaysia setelah hampir rosak di tangan Datuk Seri Najib dan sekutunya ? Sama-sama kita saksikan episod baharu Malaysia buat 5 tahun mendatang.

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!