ANWAR IBRAHIM DAN IDEA MUSLIM DEMOKRAT DI MALAYSIA [SIRI 3]

Pengkhabaran dari Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed tentang proses pengampunan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah satu khabar yang dinantikan rakyat Malaysia. Itulah janji Pakatan Harapan untuk membebaskan Bapa Reformasi yang digulingkan rejim Mahathir suatu masa dulu Dan diteruskan oleh anak didiknya, Datuk Seri Najib Razak melalui kes profil tinggi dan modus operandi yang lebih kurang sama.

Keadilan yang didambakan golongan reformis bakal menghampiri ke garisan tamat. Adakah golongan reformasi seperti Che Gu Bard akan menarik kata-kata beliau tentang Mahathir?

Tapi ada satu perkara yang menjadi kebimbangan, idea Muslim demokrat yang akan dibentuk oleh kumpulan Muslim didalam Pakatan Harapan. Banyak tulisan sudah diterbitkan melalui jurnal dan buku-buku yang dikeluarkan oleh Ilham Books.

Seperti diketahui, Anwar berasal dari gerakan Islam yang telah lama bertapak di Malaysia iaitu ABIM. Pada peringkat awal penubuhan ABIM, pergerakan mereka agak radikal dalam mengetengahkan isu-isu negara dan zaman Mahathir ketika Ops Lalang, ramai pemimpin Abim ketika itu dikenakan tahanan ISA termasuk Zahid Hamidi. Namun, sejak kemasukan Anwar di dalam kerajaan, Abim telah berpecah dimana ada yang bersama PAS, mengikut haluan Anwar dan ada juga yang menubuhkan HALUAN bagi meneruskan idea reformasi pendidikan. Survival perjuangan ABIM telah mengalami arus perubahan tatkala pemimpin tertinggi mereka berijtihad menyertai kerajaan.

Adapun idea Muslim Demokrat ini diambil dan diinspirasi oleh pemimpin gerakan Islam di Tunisia, Rachid Ghonuchi yang merupakan pemimpin Nahdah Partisi. Kata-kata beliau, “Islamisme telah mati. Kami adalah Muslim demokrat.”

Persoalannya, adakah idea Muslim Demokrat ini sesuai dimplementasi di Malaysia? Walaupun sudah terbukti negara yang mengamalkan idea ini seperti di Turki dan Tunisia telah berjaya membina negara. Tapi, satu perkara mesti diingat, dua negara tersebut amat tebal sekularnya berbanding di Malaysia yang terma Islam masih dijaga dan diperakui.

Semasa pemerintahan BN, hatta ketika Tun Mahathir, peranan PAS sebagai check and balance telah memaksa kerajaan ketika itu memandang penting dasar dan terma Islam dalam pentadbiran dengan mengeluarkan dokumen negara Islam, konsep Islam Hadhari, Akta RUU 355 (walaupun tidak dapat dibahas di peringkat kerajaan), tapi ada peluang Islam semakin kuat bertapak kerana peranan kerajaan dan pembangkang nak tonjolkan siapa lebih Islam. Ia sesuatu yang bermanfaat kepada Islam sendiri.

Saya masih menantikan idea Muslim Demokrat sejauh mana dapat pergi. Semoga ia tidak sekular yang bertopengkan perkataan Islam dikemudian hari.

MUHAMMAD HAFIZUDDIN MUHAMMAD
Majlis Politik Nasional
GAMIS 2018

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!