Pindaan Akta 355 Mahkamah Syariah

20 FEB 2016

Alhamdulillah. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah S.W.T apabila mendapat perkhabaran, Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1964 atau sinonimnya Akta 355 akan dipinda.

Memetik kata-kata Dato’ Seri Jamil Khir Baharom dalam keratan akhbar bertarikh 18 Feb yang lalu, pindaan akta ini adalah bertujuan untuk memperkasakan bidang kuasa mahkamah syariah yang mana melibatkan empat jenis kesalahan iaitu zina, minum arak, qazaf (tuduhan zina tanpa membawa empat orang saksi) dan murtad.

GAMIS menyokong penuh usaha murni perlaksaan pindaan ini ke arah membentuk “Baldatun Tayyibatun wa Rabbun Ghafur”. Dengan keyakinan yang padu, kami percaya pindaan akta ini mampu menghadiahkan masa depan yang cerah kepada semua. Ketahuilah, kedatangan Islam itu mengajak manusia kepadanya tanpa paksaan, sehingga berduyun-duyun manusia dari berbagai bangsa tertarik dengan kesyumulannya.

Mengimbau sejarah lampau, usaha untuk meminda akta ini memakan masa yang cukup lama. Bermula pada tahun 1993, yang mana Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah Kelantan mendapat persetujuan sebulat suara sehinggalah perbahasan lanjut mengenai Kanun Jenayah Syariah (11) Enakmen 1993 (Pindaan 2015) turut dipersetujui pada Mac tahun lalu.

Firman Allah S.W.T dalam surah An-Nahl, ayat 44 bermaksud “Dan kami turunkan kepadamu al-Quran, agar kamu menerangkan pada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkannya”.

Besar harapan kami pindaan ini berjalan lancar dan mendapat perhatian umum khususnya mahasiswa sebagai tanda cakna kita terhadap isu yang melibatkan agama Islam. Tegakkan Islam dalam dirimu, nescaya Islam akan tertegak di atas bumi kamu!

اسلامرحمةللعالمين

Mohamad Farouk B. Hamzah
Majlis Penerangan & Informasi, (MPI)
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia.
GAMIS

 

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!