PMUM: Kamarul Masih Sah YDP PMUM

10255457_883077581718651_352940257576933859_oKUALA LUMPUR –¬†Yang DiPertua Persatuan Mahasiswa¬†Universiti Malaya, Muhammad Kamarul Setapa masih sah sebagai Presiden pelajar universiti terbabit meskipun sudah menghantar surat rasmi akan perletakan jawatan beliau.

Perkara ini diumumkan melalui Setiausaha Agung Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya, Fahmi Zainol berikutan Naib Canselor Universiti Malaya, Professor Amin masih belum menerima keputusan perletakan jawatan secara rasmi Kamarul.

Menurut Fahmi Zainol, terdapat campur tangan pihak ketiga yang ingin mendesak supaya diadakan mesyuarat tergempar sesegera mungkin untuk melantik YDP PMUM yang baru.

“VC (Naib Canselor) sendiri masih tak terima keputusan Kamarul. Dan saya dimarahi VC kerana dikatakan saya yang ingin adakan mesyuarat. tergempar untuk lantik YDP UM baru,” kata beliau melalui status laman sosialnya.

“Semuanya akan dipertimbangkan mengikut undang-undang. Sudah-sudahlah pihak ketiga. Segala mesyuarat yang akan diadakan akan dimaklumkan pada saya dan Muhammad Kamarul.”

Dalam pada itu, Muhammad Kamarul memaklumkan permohonan maaf beliau kepada seluruh mahasiswa UM berikutan keputusan drastik yang terpaksa beliau lakukan demi menjaga nama baik Persatuan terbabit.

Beliau akur bahawa beliau telah beberapa kali ‘hilang’ dari komitmen sebagai YDP PMUM disebabkan terpaksa menjalani rawatan jantung dan buah pinggang di Kelantan.

“Amanah sebagai seorang Presiden itu cukup berat. Saya sangat takut kesihatan saya akan menjejaskan tanggungjawab saya mentadbir PM UM. Satu semester lagi. Saya nak PMUM perform. Tapi saya yakin saya mesti lepaskan untuk orang lain yang lebih mampu.

“Keputusan apa lagi yang harus saya lakukan? Saya SAYANG PMUM sebab itu saya turun daripada takhta saya. Saya yakin ada orang lain yang lebih mampu dalam keadaan saya macam ni,” luah hati beliau.

Muhammad Kamarul telah menghantar surat perletakan jawatan beliau sebagai YDP PMUM baru-baru ini berikutan masalah kesihatan yang dialami beliau semakin serius membebankan beliau memikul amanah sebagai pemimpin pelajar nombor satu universiti terbabit. Beliau memenangi kerusi umum dalam pilihanraya kampus Universiti Malaya pada September 2013 yang lalu atas tiket Pro-Mahasiswa.

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!