PRK UIAM : KEMBALIKAN KERUSI UMUM KEPADA MAHASISWA TEMPATAN

GAMIS mengucapkan tahniah kepada mahasiswa UIAM kerana telah berjaya menjalani satu fasa konflik politik dengan budaya pertembungan politik yang matang dan sejahtera. Town Hall yang diunjurkan oleh SRC IIUM pada tempoh hari bagi membantah tindakan HEP UIAM yang menangguhkan PRK UIAM tanpa notis rasmi telah memperlihatkan pertembungan yang matang di antara blok politik SRC IIUM dan Students Democratic Alliance (SDA).

Keputusan undian mahasiswa yang telah memberikan sokongan besar kepada SRC (449 undi SRC dan 71 undi SDA) adalah signal keramat bahawa mahasiswa UIAM tidak bersetuju dengan idea gagasan SDA dan tindakan HEP UIAM yang menangguhkan PRK UIA tanpa berbincang dengan SRC IIUM (MPP UIAM) dan tanpa notis rasmi.

Dikesempatan era Malaysia Baharu ini, GAMIS dengan rendah hati ingin memberikan saranan kepada Jawatankuasa Pemilihan MPP UIAM agar kembali mewujudkan Kerusi Umum untuk dipertandingkan dalam PRK UIAM akan datang. Jika sebelum ini, hanya kerusi fakulti yang dipertandingkan dan bilangan MPP yang dibentuk sangat sedikit berbanding dengan kampus-kampus UA yang lain. UKM sebagai contohnya, hampir 34 orang MPP yang berkerja dalam memberikan khidmat kepada mahasiswa mereka. Tenaga MPP yang ramai ini adalah sangat penting supaya gerak kerja MPP menjadi lebih efektif dan membumi.

Sudah tiba masanya mahasiswa UIAM merasai suasana politik kampus yang mirip seperti politik Malaysia. Mereka seharusnya dididik untuk memilih seorang ADUN (Kerusi Fakulti) dan seorang ahli Parlimen (Kerusi Umum) seperti zaman awal PRK UIAM yang terdahulu. Mengikut maklumat daripada generasi yang terdahulu, kerusi umum dalam PRK UIAM dimansuhkan adalah kerana strategi UMNO/BN untuk menyekat penguasaan mahasiswa pro-pembangkang daripada berkuasa dan dilihat mendapat sokongan daripada seluruh mahasiswa UIAM.

Kini sudah tiba masanya PRK UIAM berubah kapada corak politik yang lebih segar dan dinamik seperti yang ada di UKM, UPM, UM dan kampus-kampus UA utama di Malaysia. Kita tidak mahu UIAM yang dikatakan bakal menjadi ‘Oxford Malaysia’ oleh Menteri Pendidikan Malaysia mempunyai proses demokrasi yang tempang dan ketinggalan zaman.

Kami mengharapkan agar Jawatankuasa Pemilihan MPP UIAM dapat melakukan sesuatu perubahan dan mengambil perhatian terhadap saranan kami ini.

Sekian.

“Istiqamah Bersama Islam”

Aminuddin bin Adnan

Jabatan Penerangan dan Informasi,

Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia,

JPI GAMIS

 

 

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!