PROTES PEMALSUAN SIJIL AKADEMIK

Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) mengadakan protes terhadap wakil rakyat Pakatan Harapan yang menipu kelayakan akademik mereka. GAMIS bersama-sama 100 mahasiswa dari pelbagai kampus berarak dari Masjid Jamek ke pusat beli belah SOGO, Kuala Lumpur.

Kami menyelar tindakan wakil rakyat yang memalsukan kelayakan akademik semasa Pilihanraya Umum yang lalu. Hal ini mencalar integriti yang seharusnya menjadi nilai utama yang perlu dijunjung oleh wakil rakyat dan para menteri. Protes diakhiri dengan gimik mengoyakkan replika sijil akademik sebagai simbolik menolak penipuan yang dilakukan oleh sesetengah wakil rakyat.

Presiden GAMIS, Saudara Ikhwan berkata;
“Integriti mereka sebagai wakil rakyat perlu dipertikaikan. Ini yang menyebabkan kami kecewa. Kami mahasiswa dari setiap kampus hari ini menuntut ilmu untuk menjadi pemimpin masa hadapan tetapi mereka memperalatkan ijazah tersebut, memalsukan ijazah tersebut semata-mata inginkan kekuasaan. Satu perkara yang sangat memperbodohkan rakyat.”

GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA (GAMIS) 2019

#GAMIS2019
#MaraBersamaIslam

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!