Protes Senyap UIA Bantah Pembaziran Pentadbiran

20140416_174603GOMBAK – Hampir 20 mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mengadakan protes senyap membantah pembaziran wang oleh pihak pentadbiran UIAM semalam.

Protes senyap dilakukan oleh 20 pelajar lelaki membawa sepanduk “Protes Senyap : Sila Pertimbangkan Semula Pengubahsuaian Pintu Pagar Utama” membantah pembaziran pihak pentadbiran kerana memperuntukkan wang berjuta ringgit hanya bertujuan untuk mengubah suai lanskap di pintu pagar utama kampus tersebut yang menelan belanja hampir berjuta ringgit.

Menurut jurucakap peserta terbabit, Hamidi Zamri menyatakan bahawa pihak pentadbiran telah mengambil keputusan yang dangkal apabila membazirkan berjuta ringgit lanskap pintu pagar utama semata-mata sementara mahasiswa UIA terabai kebajikannya.

“Isu kemudahan fasiliti, isu penghawa dingin dimatikan awal, isu laluan berbumbung mahasiswi, isu jenayah dalam kampus, isu kelengkapan makmal rosak, isu tuntutan wang program pelajar, semuanya tak selesai hingga ke hari ini, tiba-tiba wang kami dibazirkan begitu sahaja untuk sebuah pintu pagar,” jelasnya.

“Ini belum lagi bercakap soal integriti apabila mereka sesuka hati membatalkan program anjuran mahasiswa, mengubah peraturan pilihanraya kampus dan mengganggu pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar di sini. Hal ini betul-betul mengundang kemarahan kami,” tambahnya.20140416_175012

Jurucakap protes, Hamidi Zamri juga mendakwa ianya seperti ada kaitan dengan kepentingan politik tertentu menurutnya apabila mereka mendapat tahu bahawa pengubahsuaian pejabat Presiden UIAM (kini Tan Sri Rais Yatim) turut menelan belanja berjuta ringgit.

Protes anjuran kumpulan mahasiswa terbabit mendapat perhatian ramai pengguna jalan raya, dan diminta hentikan serta merta oleh pegawai keselamatan UIA. Mereka mengadakan protes memakai topeng muka sebagai simbolik protes senyap sambil memegang plakad dan poster yang mempersoalkan tindakan pihak pentadbiran yang tidak munasabah akhir-akhir ini.

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!