Rakyat Terus Ditindas Di Bulan Ramadhan

Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis) menentang sekeras-kerasnya undang-undang saman yang akan dikenakan kepada pemberi dan penerima sedekah di sekitar ibu kota. Perkara ini diumumkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Dato Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Gamis menerusi Pengerusi Majlis Dakwah dan Kebajikan, saudara Ahmad Fahmi Mokhtar menegaskan sangat tidak bersetuju dengan undang-undang tersebut.

“Ini satu lagi undang-undang yang mengarut. Lebih mengarut lagi apabila pengumuman ini dibuat di bulan puasa. Adakah menteri tersebut tidak faham apa erti puasa?”, tegas Ahmad Fahmi dalam kenyataanya

Tambahnya lagi, “Kita ingat kerajaan Malaysia di bawah UMNO/BN ni akan insaf untuk tindas rakyat dalam bulan ramadhan..rupa-rupanya dalam bulan ramadhan pun mereka masih mahu tindas rakyat, mereka kena ingat, puasa bukan sahaja tahan lapar dahaga, tapi kena tahan juga tangan dari tindas, curi duit rakyat”

Ahmad Fahmi turut membidas kenyataan menteri tersebut yg menyifatkan golongan penerima sedekah dan gelandangan sebagai golongan yang mencemar imej negara

“Sebenarnya bukan golongan ini yang mencemar imej negara, tapi golongan pemimpin atasan kerajaan yang curi duit rakyat, yang salah guna kuasa, yang rasuah… merekalah sebenarnya golongan yg mencemar imej negara”,tegas Fahmi lagi.

Menurutnya, GAMIS akan terus bersama dengan aktivis-aktivis lain memberikan bantuan kepada gelandangan. Susulan itu pada 4 Julai nanti GAMIS akan mengadakan edaran pakaian dan makanan kepada gelandangan sekitar Kuala Lumpur sebagai satu bantahan terhadap pengumuman Menteri Wilayah Persekutuan.

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!