Retreat Gamis Negeri Bersama Gamis Pusat

14.1 14.0 14.2

14 FEB 2016

  1. Tanggal 12 dan 13 Februari 2016, telah berlangsung Retreat (Persidangan) Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) Negeri Bersama Pusat. Retreat ini julung – julung kali diadakan dengan dikendalikan oleh portfolio Jaringan Kampus dan Gamis Negeri.
  2. Wakil Gamis yang hadir adalah daripada negeri Perlis, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak.
  3. Objektif program ini bertujuan untuk mengeratkan ukhwah antara Gamis negeri – negeri serta mengukuhkan gerak kerja gamis secara menyeluruh dan menyelesaikan perkara – perkara berbangkit antara Gamis pusat dan negeri.
  4. Program telah berjalan dengan lancar dan beberapa draf resolusi dipersetujui wakil yang hadir sebelum resolusi penuh akan dimuktamadkan hasil persetujuan seluruh kepimpinan Gamis negeri – negeri.
  5. Allah telah berfirman dalam al Quran : (Surah as – saff, ayat 4). إِنَّاللَّهَيُحِبُّالَّذِينَيُقَاتِلُونَفِيسَبِيلِهِصَفّاًكَأَنَّهُمبُنيَانٌمَّرْصُوص
    Maksudnya : “Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.”

Moga dengan terlaksanya retreat kali ini mampu, menguatkan lagi seluruh gerak kerja GAMIS di pelbagai peringkat sama ada pusat mahupun negeri.

  1. Terima kasih kepada negeri yang menghantar wakil. Kepada GAMIS negeri yang tidak dapat hadir ke retreat kali ini, moga kita bertemu di lain kesempatan.
  2. Ucapan terima kasih juga tidak terhingga kepada penggerak retreat kali ini. Moga usaha kalian dibalas dengan ganjaran baik dari Allah.

Syamil Hafizi Bin Mahzir,
Naib Presiden 1,
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS).

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!