LGBT: Born this Way?

Oleh: Nur Aina bt Mohd Kamil

Perkongsian buku: Suami Gay Isteri Maknyah Nafsu Songsang Terlaknat, tulisan Mohd Khairul Anwar Ismail

 

Antara slogan yang dibawa oleh golongan LGBT adalah “Born This Way” atau “Lahir Seperti Ini”.

 

Para aktivis LGBT banyak menyelewengkan dokumen-dokumen perubatan, merasionalisasikan amalan LGBT daripada suatu yang tidak bermoral kepada bermoral, suatu yang dahulunya dipandang jelek, kini tidak lagi jelek. Sehinggakan ramai yang mempercayai amalan LGBT adalah fitrah dan normal.

 

Sedangkan dalam Islam, kita jelas bahawa manusia dilahirkan dalam keadaan fitrah, bersifat baik dan suci. Dalam bahasa Inggeris ia disebut sebagai nature iaitu sifat semula jadi yang melekat pada diri manusia sejak dilahirkan lagi.

 

Siapa yang berpegang kepada konsep fitrah pasti akan meyakini segala yang diciptakan Allah SWT bersifat baik. Ketetapan Allah SWT juga baik. Lawan kepada fitrah ialah kesonsangan.

 

Manusia secara fitrah diciptakan sebagai lelaki dan perempuan. Secara fitrahnya seorang lelaki akan mencintai seorang perempuan dan sebaliknya. Atas dasar inilah kemudiaan perkahwinan disyariatkan antara lelaki dan wanita. Maka hubungan selain daripada ini adalah perhubungan songsang yang lari daripada fitrah.

 

Terkait dengan psikologi, benarkah mereka dilahirkan sedemikian? Antara penyelewengan terbesar dalam bidang ini adalah tatkala mereka mengeluarkan homoseksualiti daripada senarai penyakit pada tahun 1973 dalam DSM-3. Antara yang bertanggungjawab adalah Dr. Robert Spitzer seorang pakar sakit jiwa. Pada tahun 2013, DSM-5 merasionalisasikan perlakuan golongan trasgender. Ia adalah semulajadi, normal, tidak boleh diubah. Maka masyarakat seluruh dunia dipaksa menerima golongan ini tanpa memaksa mereka berubah. Masyarakat dipaksa memahami amalan mereka juga adalah fitrah.

 

Namun, Dr.Robert Spitzer akhirnya menemui jawapan yang jujur bahawa golongan ini boleh kembali kepada fitrah selepas melalui proses terapi pemulihan. Beliau menemui jawapan ini selepas melakukan kajian ke atas 200 orang dari golongan gay dan lesbian bagi mengkaji sama ada mereka ini boleh berubah atau tidak. Kertas kerja yang ditulis pada 2001 menyatakan majoriti pesrta memberikan laporan perubahan positif yang membuktikan mereka berubah daripada sifat homoseksual kepada heteroseksual.Sayangnya, penemuan oleh Dr. Robert Spitzer ini tidak disebarkan kepada seluruh masyarakat dunia.

 

Penyelesaian terbaik dalam kes ini adalah berkempen bagi membawa golongan LGBT ini kembali kepada fitrah. Kempen “Born This Way” perlu ditukarkan kepada “Back To Nature”. Masyarakat seluruh dunia juga perlu disedarkan, dunia sedang berhadapan dengan kepalsuan-kepalsuan ciptaan para aktivis LGBT. Mitos ini perlu dihentikan. Kumpulan LGBT perlu dirawati. Masyarakat seluruh dunia perlu dijauhkan daripada penyakit ini. Terlalu banyak kajian menunjukkan sifat LGBT adalah penyimpangan fitrah. Ramai golongan ini akhirnya kembali kepada fitrah.

 

Oleh itu, kembalilah kepada agama yang lurus, kembali kepada fitrah. Dalam hal ini Allah SWT menyatakan,

 

“Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah (tetaplah atas) fitrah Allah yang menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (Surah Ar-Rum ayat 30)

 

Dalam hadith Qudsi, Allah SWT menyatakan :

 

“Sesungguhnya Aku menciptakan seluruh hambaKu dalam keadaan lurus lagi suci, kemudian mereka didatangi oleh syaitan dan kemudian syaitanlah yang menyesatkan mereka daripada agamanya. Syaitan-syaitan mengharamkan ke atas mereka apa yang Aku halalkan untuk mereka. Syaitan-syaitan meyuruh mereka mempersekutukan Aku dengan perkara-perkara yang tidak punya apa-apa kuasa (HR Muslim)

 

Justeru kempen-kempen perlu giat dilakukan bagi melawan agenda-agenda merasionalisasikan amalan-amalan golongan LGBT. Seluruh lapisan masyarakat perlu disedarkan agenda tersebut didalangi oleh syaitan bagi menyesatkan seluruh umat manusia. Sekiranya tidak dibendung akhirnya akan berlaku keruntuhan peradaban umat manusia ini di atas nama penyimpangan fitrah. Perkara ini sedang berlaku di Barat dan tentunya kita tidak mahu ia merebak dan berjangkit pula di negara ini.

 

Kembalilah kepada agama Allah SWT

Hanya agama yang mampu menyediakan keperluan rohani bagi mengisi jiwa-jiwa manusia. Hanya agama yang mampu mengekalkan manusia dalam fitrah Allah SWT.

Rujukan:

Robert R.Reily, Making Gay Okay: How to Rationalizing Homosexual Behaviour is Changing Everything, Ignatius Press, San Fransisco, halaman 144.

Penulis merupakan pelajar tahun akhir jurusan Kaunseling, Universiti Sains Islam Malaysia.

Kami mengalu-alukan penulisan anda untuk disiarkan ke portal GAMIS. Sila emelkan penulisan anda ke [email protected] Terima kasih.

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!