Roadshow Sabah: Fokus Gerakan Merakyat

IMG_6233SABAH – Roadshow pimpinan GAMIS Pusat ke Sabah tahun ini berhasil menatijahkan perkongsian pintar dan perancangan strategik ke arah gerakan mahasiswa Islam yang lebih efektif dan merakyat.

Perkongsian pintar GAMIS Pusat dengan GAMIS Sabah yang dianggotai oleh mahasiswa kampus sekitar Sabah antaranya Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah dan beberapa kampus lain ini banyak berkisar mengenai strategi menanam kefahaman kepada rakyat berkenaan isu-isu semasa seperti kos sara hidup yang semakin mencengkam melalui program-program merakyat.

Kehadiran pimpinan GAMIS Pusat dipadatkan dengan pendedahan demografi masyarakat dan program-program merakyat yang dianjurkan GAMIS Sabah antaranya aktiviti Dapur Jalanan, memberi mIMG_6247akan gelandangan dan edaran risalah dakwah.

Dalam masa yang sama, kedua-dua pimpinan GAMIS Pusat dan GAMIS Sabah turut bersolidariti mengadakan sida
ng media melancarkan Gerakan Anak Muda Bantah GST (BANTAH) bagi memberi tekanan kepada pihak kerajaan yang sewenang-wenangnya mengenakan cukai GST kepada rakyat Malaysia menjelang 2014.

“GAMIS Sabah akan komited menggerakkan kesedaran kepada masyarakat setempat mengenai kepincangan pelaksanaan cukai GST dan turut sama merancang untuk mengadakan himpunan bantah GST sempena 1 Mei ini di Sabah,” kata Ahmad Fathihie, selaku Pengerusi GAMIS Sabah.

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!