RUU 355: Anak Muda Islam Mesti Turun Kepada Masyarakat

14372333_806162759524761_1646887138868895962_o

Ramai yang menyedari hakikat bahawa syariat Islam mesti ditegakkan selari dengan apa yang termaktub dalam Al-Quran dan As-Sunnah.

Sedari realiti ini tidak semudah yang disangka kerana terlalu ramai masyarakat Muslim di luar sana yang masih lesu tindakan dan pemikiran mereka dalam memastikan syariat Islam terlaksana.

Dan usaha membangunkan mentaliti serta intelektual rakyat berkenaan undang-undang Islam ini perlu diambil serius oleh golongan terpelajar dan berpendidikan khususnya mahasiswa Islam.

Justeru, anak muda Islam perlu bangkit dan tidak boleh duduk selesa serta masih bergelak ketawa kerana dunia semakin hari semakin haus dan tenggelam dengan permainan musuh barat dan kafir laknatullah.

Lakukan sesuatu dalam memastikan syariat Islam dapat ditegakkan walaupun tidak semua tetapi sekurang-kurangnya sedikit demi sedikit dapat dilaksanakan.

Dan inilah salah satu wasilah dalam memastikan hukum Islam dapat diaplikasikan dengan meminda Akta 355 Mahkamah Syariah bagi kesalahan jenayah.

Sedarlah anak muda, lakukan sesuatu untuk agama kita sendiri.

Turunlah kepada masyarakat dan berusahalah dalam memastikan hukum Allah dapat ditegakkan di bumi Malaysia.

Tahniah kepada mahasiswa yang telah bersama-sama mengerah keringat dalam usaha untuk turun kepada masyarakat!

Kemenangan Islam itu suatu kepastian yang telah dijanjikan oleh Allah sama ada cepat atau lambat.

Bangkitlah pejuang agama Allah dan istiqamahlah dalam memastikan Islam terlaksana secara menyeluruh. Takbir! Allahu Akbar!

“BERSAMA MELANGKAH, MENUJU PERUBAHAN”

NURSYIMA NADIA MOHAMAD HIDAYAT,
Timbalan Pengerusi Majlis Politik Nasional
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) 2016

#supportRUU355
#MahasiswaSokongPindaanAkta355

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!