RUU: Apa Kesudahan Pindaan Akta 355?

Persepsi terhadap rang undang-undang persendirian yang dibawa oleh TGHH kebanyakkannya tidak tepat ialah kerana kurangnya kefahaman atau ketidakcanaan mengenai maksud sebenar pemerkasaan mahkamah syariah dalam bidangkuasa jenayah.

Persepsi yang menyatakan pindaan Akta 355 ini berkait rapat dengan pelaksanaan hudud adalah tidak betul sama sekali.

Walaupun begitu, ini tidak bermaksud PAS sudah tidak lagi memperjuangkan hudud tetapi ini jalan awal sesuai mengikut waqi’yyah Malaysia yang memerlukan lebih banyak persediaan sebelum betul-betul dapat melaksanakan hukum Allah sepertimana yang telah dinyatakan dalam ayatNya.

Malang sekali, bila mana ada segelintir manusia lebih-lebih lagi umat Islam sendiri tidak menyokong usul ini sedangkan apa yang cuba dicadangkan oleh TGHH tidak lain tidak bukan demi meletakkan syiar Islam di tempat yang lebih tinggi di Malaysia.

Dan memang sepatutnya begitulah undang-undang Islam diangkat di tempat paling tinggi di atas muka bumi ini demi menjamin keamanan dunia dan kebahagiaan di akhirat.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Dr. Fathi Yusof atas kesudian beliau berkongsi ilmu mengenai RUU ini sama ada dari sudut pandang prosedur dan undang-undang, isi kandungan dan perspektif Islam itu sendiri.

Ribuan penghargaan juga ditujukan kepada Sdr. Hafizuddin Muhammad Al Jawwi kerana sudi menerima jemputan sebagai moderator pada sesi diskusi Green Tea Talk 4 Malaysia pada kali ini.

Semoga ilmu yang dikongsi bersama ini dapat dimanfaatkan untuk masa depan negara yang lebih sejahtera dan mampu mengangkat Islam di tempat tertinggi di Malaysia suatu hari nanti insya Allah.

Nantikan siri penerangan dan perbahasan yang akan dianjurkan oleh GAMIS mengenai RUU ini.

Islam akan menang suatu hari nanti! Allahu Akbar!

“Menuju Politik Idea dan Solusi”

“BERSAMA MELANGKAH, MENUJU PERUBAHAN”

NURSYIMA NADIA MOHAMAD HIDAYAT
TIMB. PENGERUSI MAJLIS POLITIK NASIONAL
GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA (GAMIS) 2016

‪#‎SokongPindaAkta355‬
‪#‎MahkamahSyariah‬
‪#‎GreenTeaTalk4Malaysia‬

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!