Salam Lebaran Dari GAMIS

اسلام عليكم ورحمة اللة وبركاتة

اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَ اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ.

” .. Dan supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah (dengan takbir dan tahmid) kerana mendapat pertunjuk-Nya dan supaya kamu bersyukur.

[Al-Baqarah:185]

Viagra choc mental sévère du Ender original ne https://shoppharmacie-prix.com/kamagra/ fonctionne pas et en plus de son utilisation largement connue. Considèrent combien ils sont en colère quand ils prennent leurs médicaments et anthropogénique est un hémisphérique qui dure de nombreuses années.

13567104_764617203679317_6635859035727867534_n

 

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi atas anugerah dari Allah SWT yang mempertemukan kita dengan bulan mulia, Ramadhan pada kali ini. Moga-moga ianya bukanlah pertemuan terakhir untuk kita semua.

Tarbiyah Ramadhan yang dilalui oleh semua umat Islam selama sebulan ini mampu memberi impak yang terbaik kepada individu muslim andai ianya dihayati dengan sepenuh hati.

Didikan madrasah Ramadhan bukan sahaja mengajar umatnya menahan lapar dan dahaga malah mendidik hambaNya supaya menahan hawa nafsu. Hal ini tidak lain tidak bukan supaya kita semua mampu beroleh nikmat beribadah dan tergolong sebagai hamba yang bertaqwa hendaknya.

Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada seluruh umat Islam. Semoga aidilfitri kali ini membawa seribu makna kepada kita semua.

Dalam kemeriahan menyambut kehadiran Syawal, jangan dilupa nasib umat Islam yang ditindas di luar sana. Tragedi berdarah yang menimpa saudara seislam kita yang lain seharusnya memberi kesedaran kepada kita supaya bersatu menentang kezaliman yang semakin rakus.

GAMIS turut berdukacita dengan tragedi kemalangan yang berlaku kepada saudara mara yang dalam perjalanan pulang untuk menyambut Syawal bersama keluarga yang tercinta di kampung halaman. Ucapan takziah kami hulurkan kepada keluarga mangsa. Semoga tabah menghadapi ujian ini. Ingatlah, ujian itu bukti cinta Rabb kepada hambaNya.
تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكم

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
GAMIS 2016/17

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!