SALAM MAULIDUR RASUL 1441H

SALAM MAULIDUR RASUL 1441H
9 November 2019M | 12 Rabiulawal 1441H

SALAM MAULIDUR RASUL 1441H9 November 2019M | 12 Rabiulawal 1441HApa agaknya perasaan kita apabila mendapat tahu…

Posted by Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia – GAMIS on Jumaat, 8 November 2019

Apa agaknya perasaan kita apabila mendapat tahu bahawa sebenarnya di sana, ada seseorang yang sungguh mulia akhlak dan peribadinya sudah begitu lama mencintai diri kita, hatta sebelum kita dilahirkan ke dunia ini lagi.

Sepatutnya kita berasa begitu bertuah dan bahagia, bukan?

Yalah, kita pun entah sudah benar-benar mencintai diri kita atau tidak yang seringkali terabai akan perintah dan larangan-Nya ini; kita sendiri yang lebih tahu jawapannya. Namun di sana, hakikatnya sudah ada insan yang begitu mengambil berat sekali akan diri kita, bahkan mendoakan kebaikan pula untuk diri kita kerana sangat bimbang akan diri kita.

Allah, itulah susuk tubuh mulia junjungan besar Nabi kita Muhammad SAW. Baginda sangat merindui diri kita yang dinilai oleh baginda sebagai ikhwannya. Maka, bagaimana pula sikap kita dalam membalas cinta dan rindu baginda yang tiada bertepi itu? ?

Ya Allah, sampaikanlah cinta dan rindu kami kepada sebaik-baik ciptaan-Mu, Rasulullah SAW. Izinkan kami untuk memperolehi syafaatmu pada hari akhirat nanti, duhai Rasul Allah.

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد.

“MARA BERSAMA ISLAM”

GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA (GAMIS) 2019

#JomSelawat
#GAMIS2019
#MaraBersamaIslam

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!