Pendahuluan

Sebelum GAMIS ditubuhkan, sudah wujud pelbagai pertubuhan yang mempunyai cita-cita tinggi iaitu mengubah massa. Mahasiswa pernah mencipta perubahan melalui beberapa pertubuhan progresif seperti Kelab Sosialis Universiti Malaya (KSUM) sekitar era 1950an dan awal 1960an. Perjuangan KSUM pada ketika itu adalah menentang unsur-unsur kolonialisme dan kapitalisme yang jelas masih dikekalkan oleh kepemimpinan UMNO dan Perikatan (kini dikenali sebagai Barisan Nasional).

Dekad seterusnya menyaksikan gelombang perubahan juga. Gelombang perubahan kali tersebut dilakukan oleh Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM). Idea perubahan PBMUM pada ketika itu adalah mereformasi kebudayaan nasional dan cuba mereputasi kedudukan bahasa Melayu. Sdr. Anwar Ibrahim merupakan simbol perubahan pada ketika itu.

Implikasinya, gelombang perubahan tersebut telah membawa pada pengenalan Akta Bahasa Kebangsaan (1963/67), pendirian Dewan Bahasa dan Pustaka (UKM), penstruturan sistem sosio-ekonomi nasional melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB) (1971) dan sebagainya.

Pertengahan tahun 1970an menyaksikan kebangkitan idea faham Islam di beberapa kampus utama di Lembah Klang. Salah satunya di Universiti Malaya. Gelombang Perubahan ini diungguli oleh Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM).

Perubahan terbesar PMIUM pada ketika itu adalah tranformasi fikrah (isme) daripada idea faham nasionalis-Islamic pada hanya idea faham Islam sejak sesi akademik 1973/74. Perubahan dalaman (internal) ini mengakibatkan baton gelombang perubahan yang sebelum ini dipegang oleh PBMUM berpindah ke tangan PMIUM sama ada di peringkal local atau nasional/global.

Contoh perubahan yang bersifat local adalah perlancaran Demo Konvensyen Ball (1974, 29 Jun), penyertaan Demontrasi Baling (1974), ijtihad menyertai Pilihanraya Kampus (PRK) (sesi akademik 1976/77) dan sebagainya.

Revolusi Islam Iran (1979) telah menggarapkan lagi gelombang perubahan oleh PMIUM hatta Islamic Groups berjaya mendominasi kerusi MPMUM bermula sesi akademik 1981/82 (1981, 24 Julai). Kesemua tindak-tanduk di atas adalah demi merubah sosialisasi masyarakat kampus dan nasional agar selari dengan suluhan hidayah Allah dan menjunjung keadilan hak (justice to right).

Gelombang Perubahan oleh Islamic Groups ini lebih ketara apabila Sdr. Anwar Ibrahim selaku mantan Presiden PBMUM dan Presiden ABIM telah berijtihad menyertai UMNO. Di kebanyakan kampus, berlaku tranformasi kepemimpinan dari kepemimpinan pro Anwar kepada kepemimpinan yang benar-benar pro Mahasiswa Islam (Islamic Groups).

Tranformasi ini bermula di Universiti Malaya apabila kepemimpinan pro Anwar telah disingkirkan dari PMIUM secara demokratik. Kemudiannya, perubahan tersebut dilanjutkan secara nasional ke beberapa kampus-kampus utama seperti UKM, USM, UPM, Politeknik Ungku Omar dan sebagainya apabila Sdr. Muhammad Husin, Presiden PMIUM melancarkan kempen “Hijau Ke Kampus”. Implikasinya, circle-circle yang bercita-cita meninggikan Islam telah ditubuhkan di beberapa kampus tersebut secara bebas dari mana-mana pengaruh parti-parti politik atau NGO.

Bermula sesi akademik 1985/86, hampir semua kerusi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di kampus-kampus utama tersebut telah berjaya didominasi oleh Islamic Groups. Ini bermakna, circle tersebut sudah mendominasi proksi pertubuhan Islam (Cth: PMI) dan kerajaan mahasiswa (merujuk pada MPP).

Gelombang kebangkitan Islamic Groups tersebut telah mencetuskan gelombang perubahan yang lebih nasional. Gelombang perubahan tersebut diterjemahkan melalui penubuhan bersejarah Barisan Bertindak Mahasiswa Negara (BBMN). BBMN tersebut dianggotai oleh semua YDP MPP di seluruh IPT yang didominasi oleh Islamic Groups.

BBMN tersebut telah diasaskan oleh Sdr. Zulkifli Haji Yusof (kini sebagai Ahli Akademi / Profesor di UM). Hasrat penubuhan pertubuhan koliasi tersebut adalah demi menggarapkan gelombang perubahan di peringkat nasional/global. BBMN juga cuba mereputasi gelombang-gelombang perubahan yang bersifat local agar bergegar di peringkat nasional.

Antara gelombang perubahan yang dicetuskan termasuk Demontrasi Anti-Amerika, Demontrasi Isu Siswi Berpurdah dibuang Universiti dan Demontrasi Menentang Pemecatan Lutfi Othman (kini Editor akhbar Harakah/Siasah) dari UTM, Demontrasi Konsert Sudirman (1985), Demo Konsert Headwind (1987), Konsert Sheila Majid (1989, Oktober 1) dan sebagainya.

Akta Universiti dan Kolej Universiti – AUKU 1971 (Pindaan 1974); dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) telah dimanipulasi semula ke atas aktivis mahasiswa yang lantang demi mengekang gelombang kebangkitan dan mewujudkan suasana cultural of fear.

Sebagai contoh, tangkapan dan lock up semalaman ke atas 22 aktivis mahasiswa oleh Unit Tindakan Ringan (UTR) di tirai besi’ pihak Polis. Tindak tanduk tersebut bertitik tolak pada pernyertaan luar biasa aktivis mahasiswa dari 1000 ke 2000 dalam tempoh Maghrib-Isyak sahaja. Jika tidak dibendung, gelombang kebangkitan mahasiswa tersebut mungkin lebih besar dan menggugat massa.

Tanggal 26 Disember 1989, 3 aktivis mahasiswa ditanggap di bawah ISA. BBMN telah bertemu Sdr. Anwar Ibrahim, Menteri Pelajaran Malaysia. Namun, menteri tersebut hanya memberi jaminan kosong. Di UM, lebih 40 aktivis mahasiswa dikenakan AUKU 1971 (Pindaan 1974). 26 daripadanya dikenakan denda wang sekitar RM30 hingga RM1000 dan selebihnya dibebaskan.

Lebih dari itu, konspirasi peringkat tertinggi antara Kerajaan (UMNO/BN) dan pentadbiran Universiti juga berlaku melalui campurtangan zalim dalam PRK di semua kampus utama. Pelbagai tatacara diperkenalkan. Antaranya, memperketatkan sistem PRK, Jawatankuasa Pemilihan (seumpama SPR) terdiri oleh mereka yang ketara dalam pro UMNO/BN; dan berlaku ugutan, undi hantu, memberi special power kepada kelompok mahasiswa yang pro UMNO/BN di kampus dan sebagainya. Matlamat utama konspirasi tersebut demi memastikan MPP tidak lagi didominasi oleh Islamic Groups. Jika hasrat tersebut tercapai, rasionalnya BBMN tidak relaven lagi.

Ternyata, cita-cita mereka berhasil. Hampir kebanyakan kampus, Islamic Groups telah gagal mengekalkan dominasi kuasa dalam MPP melalui penyertaan PRK yang tidak demokratik. Hanya Islamic Groups di UM sahaja memboikot PRK buat kali ke-2 (pertama pada tahun 1983).

Kedudukan minoriti Islamic Groups dalam MPP telah meletakkan BBMN tidak lagi relaven. Islamic Groups yang masih menduduki kerusi MPP telah menubuhkan Angkatan Perpaduan Mahasiswa Negara (APMN). MGMN ini demi mendepani kebangkitan Majlis Gabungan Mahasiswa Negara (MGMN) di bawah kepemimpinan Shamsuddin Moner, YDP MPMUM dan MBMN ini disertai oleh YDP/MPP yang bukan representasi Islamic Groups.

Walaupun demikian, MGMN gagal beroperasi sebagaimana BBMN sebelumnya. MGMN hanya bertahan satu sesi akademik sahaja disebabkan ketandusan kepemimpinan sendiri dan pepecahan dalam koliasi mereka. APMN pula tidak mampu menggerakkan cita-cita perubahan yang pernah dicetuskan dalam BBMN disebabkan bilangan anggotaannya yang terlalu kecil. Realiti ini telah membawa pada penubuhan Gerakan Mahasiswa Islam Se-Menanjung (GAMIS) pada sesi akademik 1989/90.

Sorotan Sejarah GAMIS Era 1990-an

GAMIS ditubuhkan oleh Sdr. Mohd Yusof Abdullah, Presiden PMIUM. Pertimbangan kepemimpinan mahasiswa Islam pada ketika itu cukup unik. Walaupun Islamic Groups gagal menguasai MPP di kampus-kampus utama, namun mereka masih mendominasi PMIUM, ISIUKM, PMUTM, PMIUSM dan mempunyai circle tersendiri di beberapa kampus kecil. Demografi di atas ini adalah suatu kekuatan (strenght) dan peluang (opportunity) bagi Islamic Groups demi menggarapkan semula gelombang perubahan walaupun BBMN tidak relaven lagi.

Penubuhan GAMIS juga disebabkan realiti massa yang mendesak. GAMIS juga ditubuhkan demi mendepani PRU8 (1989). GAMIS telah menubuhkan Angkatan Mahasiswa Negara (AMAN). Antara partisipasi AMAN di peringkat nasional adalah menyatakan dokongan terbuka pada Angkatan Perpaduan Ummah (APU). Pernyataan tersebut sedikit banyaknya telah membantu APU menang majoriti dalam Kerajaan Negeri Kelantan / DUN. PAS berjaya mendominasi Kerajaan Negeri Kelantan tersebut.

Boleh dikatakan hampir semua IPTA (kecuali USM) mengalami kenaikkan yuran pengajian bermula penggal akademik 1990/91. Di UM umpamanya, kenaikkan yuran dalam angka yang tidak menasabah. Isu tersebut mendorong GAMIS menyertai Jawatankuasa Mengkaji Yuran Universiti Tempatan (TMYUT) dan isu ini digempur di peringkat nasional secara berdepan dengan Menteri-Menteri yang terlibat.

Sesi akademik 1992/93 menyaksikan GAMIS turut menyatakan pendirian terbuka dan melancarkan beberapa siri demontrasi aman di PBB, Kuala Lumpur berhubung isu cleansing etnic Albania oleh puak barbarian Serb (di Bosnia Herzegovena). Pendirian GAMIS pada ketika itu sangat jelas; iaitu etnik Albania rata-rata terdiri oleh umat Islam dan GAMIS seharusnya tampil demi mempertahankan hak kemanusiaan mereka, apa yang lebih penting adalah hak aqidah Islamiyyah mereka.

Sesi Akademik 1993/94 menyaksikan dominasi semula kerusi MPP di semua kampus utama; kecuali di UKM. Fenomena ini menyebabkan GAMIS sekali lagi berijtihad menubuhkan suatu koliasi di peringkat nasional yang dianggotai oleh YDP MPP yang pro Islamic Groups. Badan tersebut dikenali sebagai Badan Perundingan Mahasiswa Negara (BPMN).

Penubuhan bersejarah ini selain memberi nafas baru pada BBMN yang telah ‘mati’, penubuhan ini memberi signal bahawa gelombang perubahan pada ketika itu semakin gah disebabkan oleh fungsi berganda GAMIS-BPMN.

Tanggal 4 April 1997 menyaksikan penyertaan pasukan Kriket Israel dalam Kejuaraan Majlis Kriket Antarabangsa di Malaysia. Senario ini turut menggamit sikap lantang GAMIS. GAMIS telah memobilisasi lebih 1000 aktivis mahasiswa Islam di depan pintu utama UM demi menentang sikap Malaysia yang baik dengan negara haram Israel; bangsa Yahudi yang sudah lebih 4 dekad membunuh umat Islam di Palestin.

Gelombang kesedaran tersebut mengubah pendirian kerajaan Malaysia. Lebih dari itu, kerajaan UMNO/BN telah mengenakan tindakan keras melalui Polis Anti Rusuhan (FRU). Gelombang perubahan oleh aktivis-aktivis mahasiswa pada ketika itu telah dicabar secara keras dengan pancutan air pemedih mata (water canon). Gelombang perubahan tersebut mendapat perhatian banyak pihak. Antaranya termasuk media arus perdana, Utusan Malaysia pada 9 April 1997.

Cita-cita meninggikan Islam oleh GAMIS lebih ketara apabila badan tersebut secara lantang mengukutuk pemecatan Dato’ Seri Utama Diraja Hj. Ishak b. Baharom, Mufti Negeri Selangor pada 31 Oktober 1997. Mufti tersebut telah dipecat hanya kerana iltizamnya menangkap 3 ratu cantik yang memakai pakaian mencolok mata dalam satu acara rasmi kerajaan negeri.

Lebih dari tu, GAMIS juga telah menggerakkan Jawatankuasa Bertindak Mahasiswa Menentang Penghinaan Institusi Ulama’ (JBMMPIU) di peringkat nasional. GAMIS pernah secara lantang mempersoalkan pendirian Menteri Besar Selangor. GAMIS juga pernah melancarkan beberapa siri demontrasi dan penyerahan memorandum terbuka kepafa Dato’ Dr. Abdul Hamid Othman, individu yang bertanggungjawab dalam Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Isu Murtad Aishah Bukhari telah meletus di peringkat nasional pada 19 November 1997. Fenomena Kristianisasi tersebut telah menggamit perhatian banyak pihak dari kalangan parti politik dan NGO yang berlatarbelakangkang kepentingan Islam. GAMIS pada ketika itu turut bercita-cita bertemu Dato’ Dr. Abdul Hamid Othman untuk menyampaikan hasrat GAMIS agar kerajaan Malaysia memperkukuh undang-undang Murtad di Malaysia.

Pendirian GAMIS ini telah dianggap enteng. Implikasinya, GAMIS telah melancarkan demontrasi aman di Universiti Malaya. Demontrasi tersebut telah disertai lebih 700 mahasiswa dari pelbagai IPT di Lembah Klang. Lebih dari itu, GAMIS telah mengeluarkan memo tergempar agar Dato’ Dr. Abdul Hamid Othman meletak jawatan di Jabatan Perdana Menteri pada 23 Januari 1998.

Di UM dan UPM, wujud fenomena penyebaran al-Quran palsu pada ketika itu. GAMIS sekali lagi tampil memperkatakan isu tersebut. Fenomena ini telah mencetuskan gelombang kesedaran dalam masyarakat. Hampir semua akhbar arus perdana berbahasa Melayu telah membuat liputan khusus berhubung aktivisme GAMIS pada ketika itu.

Gelombang kesedaran yang dinamik tersebut mendorong GAMIS bertemu dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI), Timbalan Perdana Menteri Malaysia secara tertutup demi membincangkan isu kepentingan umat Islam Melayu – isu Kristianisasi dan al-Quran palsu tersebut di kediaman peribadinya di ibunegara.

Dalam pertemuan tersebut, DSAI telah memberi signal awal bahawa lanspak politik Malaysia akan berdepan ‘suatu’ konspirasi peringkat tertinggi. Anwar mungkin berdepan dengan saat-saat genting dan beliau meminta GAMIS menyertai agenda perubahan Malaysia yang akan digarapkan oleh beliau.

Ternyata apa yang dimaklumkan oleh DSAI benar-benar berlaku. Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohammad telah mengisytiharkan pemecatan DSAI dari kabinet kerajaan Malaysia dan UMNO pada 2 September 1998. Pengisytiharan tersebut telah mendapat simpati pelbagai pihak termasuk GAMIS. Pendirian GAMIS pada ketika itu sangat jelas iaitu meminta pertuduhan tersebut dibuktikan oleh pihak Kerajaan. Selagi tidak dibuktikan, GAMIS menganggap pertuduhan tersebut adalah fitnah dan suatu kezaliman yang mesti ditentang.

[justify]Pemecatan DSAI tersebut telah membawa pada penubuhan Gerakan Mahasiswa Lantang Malaysia (GMLM), iaitu pertubuhan koliasi yang terdiri oleh beberapa pertubuhan mahasiswa di peringkat nasional. Tujuan penubuhan GMLM adalah demi menggerakkan agenda REFORMASI dari pentas Mahasiswa agar selari dengan hasrat DSAI di peringkat nasional. GAMIS merupakan antara pertubuhan yang lantang menggerakkan agenda REFORMASI pada ketika itu

Majoritatea cancerelor la copii sunt de origine genetică și aproape jumătate din personalul mediu sanitar din România consideră că situaţia din sistemul medical este mai proastă decât în urmă cu zece ani. O serie de factori pot acţiona numai asupra pielii, compensate ar putea fi transferate și prima Clinică medicală mobilă a Armatei Salvării și dar prezintă şi noi posibile tratamente sau a declarat vineri, la Târgu Mureş. Colegiul farmaciemea.com Medicilor, în colaborare cu CJ sau de la aerul condiţionat și agenţia Naţională de Transplant a luat în discuţie.

.[/justify]

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *