SELAMAT BERTEMU KEMBALI DUHAI RAMADAN

SELAMAT BERTEMU KEMBALI DUHAI RAMADAN
3 Mei 2019M | 29 Syaaban 1440H

Orang mukmin mana yang tidak gembira dan riang ria saat tetamu yang sungguh-sungguh dirindui ini kembali semula ke pangkuannya. Taufik dan hidayah yang telah dikurniakan oleh Allah SWT ke dalam hatinya, benar-benar membenihkan sebuah kebahagiaan. Tiada kebahagiaan lain yang lebih bahagia daripada itu, sesungguhnya.

Begitulah sifat orang mukmin sejati. Jiwanya penuh dengan semangat berkobar-kobar untuk memuliakan lagi mengagung-agungkan kehadiran bulan suci yang diberkati ini. Bermula dengan perasaan dan niat yang mulus lagi tulus, diterjemahkan seterusnya dalam bentuk tindakan dan amalan yang benar-benar memanifestasikan kecintaan yang bersarang jauh dalam lubuk hatinya.

Masakan tidak? Para sahabat Rasulullah SAW dahulu; enam bulan sebelum tibanya Ramadan, mereka sudah pun sungguh-sungguh berdoa dan melakukan persiapan. Kerinduan yang begitu mencengkam, mendorong mereka untuk begitu serius untuk memperoleh kurniaan-Nya! Lalu, bagaimana dengan diri kita?

Hairan bin ajaiblah andainya masih ada dalam kalangan kita yang masih lagi boleh bersenda gurau dan bergelak ketawa, sedangkan tetamu Ramadan itu sudahpun mengetuk dedaun pintu rumah mereka berkali-kali!

Maka, harapan dan doa yang terakhir, kelak apabila Ramadan telah pergi meninggalkan kita, kita berhasil memperoleh keampunan dan kerahmatan Allah. Semoga, kemurkaan dan kecelakaan daripada-Nya jua dapat kita hindari asbab kecuaian kita dalam mengabaikan kemuliaan Ramadan. Allahumma amin.

Salam Ramadan 1440 Hijriah.

“MARA BERSAMA ISLAM”

GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA (GAMIS) 2019

#MadrasahRamadan
#MaraBersamaIslam

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!