[SELAMAT HARI IBU]

Sinergi Gerakan Mahasiswi (SIGMA) mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua wanita yang bergelar ibu di seluruh dunia.

Duhai Ibu,
Terima kasih di atas pengorbananmu dalam melahirkan dan mendidik kami,
Terima kasih kerana menyayangi kami tanpa mengira penat lelah,
Terima kasih kerana selalu berada di sisi kami tanpa mengira waktu suka atau duka,
Terima kasih kerana menjadi penguat dan semangat buat diri kami,
Terima kasih kerana doamu kepada Ilahi membawa kami ke SyurgaNya.

Hakikatnya ucapan terima kasih ini belum mampu membalas segala pengorbanan seorang ibu buat anak-anaknya. Justeru itu, Sinergi Gerakan Mahasiswi menyeru agar setiap daripada diri kita yang bergelar seorang anak untuk meraikan, menghargai dan mendoakan kedua ibubapa kita setiap waktu.

“Ya ALLAH, ampunilah dosa-dosa kami dan dosa-dosa kedua ibu bapa kami. Kasihanilah mereka seperti mana mereka mengasihani kami.”

“ISTIQAMAH BERSAMA ISLAM”

Sinergi Gerakan Mahasiswi (SIGMA)
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) 2018

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!