[SEMAI BAKTI SISWI 1.0]

Allah SWT berfirman:

وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ ۚ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

Maksudnya:
Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung.
[Surah Ali-‘Imran : 104]

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi di atas segala nikmat dan kurniaanNya dalam menjayakan program Semai Bakti Siswi anjuran Majlis Tindakan Wanita, SIGMA dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Baitul Islah di Bukit Beruntung.

Program ini telah berlansung selama 3 hari 2 malam bermula dari 18 sehingga 20 Mei 2018 yang melibatkan beberapa orang mahasiswi bersama dengan semua anak bina di Baitul Islah. Antara tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk melahirkan mahasiswi yang mampu menjadi agen perubahan kepada masyarakat dan mendidik diri mahasiswi yang sedia memberikan khidmat dalam membina masyarakat yang lebih sejahtera pada masa akan datang.

Aktiviti program yang dilaksanakan lebih memfokuskan dalam membina keyakinan diri kepada anak-anak bina atau peserta supaya lebih gigih dalam usaha memperbaiki diri untuk menjadi insan yang berguna serta berakhlak mulia disamping menunaikan segala kewajipan yang telah diperintah oleh Allah SWT.

Terima kasih diucapkan buat semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program Semai Bakti Siswi pada kali ini. Semoga Allah membalas segala pengorbanan dan usaha kita dengan ganjaran SyurgaNya.

Semoga bulan Ramadhan kali ini menjadi pemangkin buat diri setiap insan untuk menjadi lebih baik daripada yang sebelum ini. In shaa Allah.

“ISTIQAMAH BERSAMA ISLAM”

#MadrasahRamadhan
#JomJadiLebihBaik

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!