SEMAK SEMULA RELEVANSI PENETAPAN HARGA SILING MINYAK DENGAN MENGAMBIL KIRA FAKTOR CUKAI DAN SUBSIDI


Kerajaan telah menguatkuasakan penetapan harga siling petrol dan diesel secara mingguan bermula 29 Mac 2017. Pengumuman harga siling petrol dan diesel ini akan diumumkan pada setiap Rabu telah memperlihatkan penetapan harga baru iaitu  ;
minggu pertama  pelaksanaan iyang bertarikh 30 Mac adalah Ron 97 RM2.41, Ron 95 RM 2.13 dan Diesel RM 2.11 diikuti 
minggu kedua yang bertarikh 6 April adalah Ron 97 RM2.43, Ron 95 RM2.16 dan Diesel RM2.08. 
Manakala hari ini bertarikh 13 April, penetapan harga petrol dan diesel adalah Ron 97 RM2.52, Ron 95 RM2.24 dan diesel RM2.16.
GAMIS melihat penetapan harga siling petrol dan diesel secara mingguan ini suatu usaha baik  daripada pihak kerajaan dalam mengelakkan perubahan ketara harga runcit bahan api serta ia membantu dalam menyediakan trend penggunaan runcit yang lebih stabil berbanding harga minyak bulanan. Mekanisme pengiraan penetapan harga siling petrol dan diesel ini tidak berubah daripada pengamalan sebelum ini, cuma pengkadaran yang diletakkan adalah mengikut mingguan dan bukannya bulanan. 
Namun begitu, disebalik manfaat positif penetapan harga petrol dan diesel secara mingguan ini, GAMIS melihat penguatkuasaan baharu ini masih tidak membantu memperbaiki ekonomi rakyat melainkan ia sekadar memperbaiki tadbir urus perekonomian negara. Landskap ekonomi yang semakin menghimpit kini menatijahkan bebanan dan peningkatan kos sara hidup rakyat jika tidak wujud suatu pengurusan dan kawalan yang baik dari pihak kerajaan 
Oleh yang demikian, GAMIS menggesa kerajaan berperanan dengan baik dalam membantu memperbaiki ekonomi rakyat.  Antara cadangan diperingkat GAMIS adalah dengan menyemak semula relevansi penetapan harga minyak ini dengan mengambil kira faktor penetapan cukai serta pemberian subsidi. Jika kita lihat sekarang, kadar cukai yang dikenakan terhadap harga minyak adalah masih tidak diperjelaskan kadar yang dikenakan serta tiada sebarang subdisi diberikan oleh kerajaan dalam penjualan minyak. 
Justeru, kami berpendirian penetapan harga siling petrol dan diesel mingguan ini adalah suatu usaha yang baik namun perlu disemak semula dengan mengambil kira faktor cukai dan subsidi. GAMIS menggesa kerajaan berperanan bukan sekadar pengatur ekonomi negara yang baik, namun juga berperanan sebagai penjaga kebajikan rakyat.
“Melangkah Bersama Islam”
Majlis Politik Nasional

Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) 2017

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!