Semakan Keputusan UPU Sesi 2016/ 2017

13934623_1161485540588111_7226469684148402886_n

 

Barisan kepimpinan GAMIS mengucapkan tahniah kepada semua lepasan Asasi, Matrikulasi, STPM, STAM, dan Diploma yang telah menyemak keputusan UPU dan berjaya mendapat tempat di IPTA.

Universiti adalah medan baru buat kalian menimba ilmu dan pengalaman berguna sebagai bekalan masa hadapan. Semoga kalian bakal menjadi mahasiswa yang berjaya dan mampu menjadi agen perubahan anak bangsa dan umat.

INFO SEMAKAN UPU ADALAH SEPERTI BERIKUT:-

Semakan keputusan permohonan UPU Online bagi lepasan STPM/Setaraf sesi akademik 2016/2017 boleh disemak mulai 8 Ogos 2016, jam 12.00 tengahari.

e-Rayuan dibuka dalam tempoh 5 hari iaitu mulai 08 Ogos hingga 12 Ogos 2016. Hanya calon yang gagal menerima sebarang tawaran ke UA sahaja dibenarkan mengemukakan rayuan.

Semakan keputusan dan permohonan e-Rayuan melaluihttp://upu.mohe.gov.my/ atau melalui Portal Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) di http://upu.mohe.gov.my/

“BERSAMA MELANGKAH MENUJU PERUBAHAN”

Majlis Penerangan dan Informasi,
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia,
GAMIS 2016/2017

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!