SERUAN TURUN HIMPUNAN DERITA MAHASISWA 

SERUAN TURUN HIMPUNAN DERITA MAHASISWA
“TURUNKAN KOS SARA HIDUP”

Tarikh : 31 Disember 2018
Hari : Isnin
Tempat : Kompleks Sogo, Kuala Lumpur

1. Di bawah pemerintahan kerajaan PAKATAN HARAPAN kali ini ternyata hanyalah sebuah kerajaan yang hanya sekadar menaburkan janji-janji kosong. Dahulu, merekalah paling lantang menyerang kerajaan dengan membawa slogan “suara keramat rakyat”. Akan tetapi, apabila mereka menjadi kerajaan, tidak ada hasil perubahan pun yang mereka bawa.

2. PAKATAN HARAPAN yang dahulunya tanpa henti melaungkan reformasi kepada rakyat, malah laungan disambut kerana kepercayaan rakyat kepada mereka, akhirnya laungan mereka itu seakan-akan tin kosong yang tiada isi. Peruntukan yang diharapkan oleh rakyat khususnya golongan miskin, berpendapatan rendah, pelajar, nelayan, petani dan seumpamanya sedikitpun tidak memberikan keuntungan. Malah, dengan kembalinya sistem pencukaian SST, sistem ini dilihat tidak membantu rakyat malah membebankan rakyat.

3. Oleh itu, ayuhlah kita rakyat Malaysia, khususnya mahasiswa dan anak muda untuk turun beramai-ramai di hadapan Kompleks SOGO, Kuala Lumpur bermula 8.30 malam sebagai solidariti kita dan demi mengangkat suara derita rakyat.

‘MARA BERSAMA ISLAM’

GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA(GAMIS) 2019.

#TurunkanKosSaraHidup
#DeritaMahasiswa
#Gamis2019
#MaraBersamaIslam

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!