Setahun GST

Bismillahirrahmanirrahim.

1 April 2016, genap setahun usia GST, 1 sistem percukaian yang telah merosakkan sistem kewangan negara. Selepas perlaksanaan GST harga barang tidak turun seperti yang didakwa oleh Mantan Menteri Kewangan. Sebaliknya, harga barang terus naik dan tidak turun-turun.

Pertimbangan akal kapitalis adalah untuk mengaut keuntungan sedaya mungkin, mencengkam ekonomi tanpa pertimbangan kebajikan.

Islam meletakkan rakyat sebagai keutamaan kepada pemerintah dan menawarkan sistem kewangan negara yang lebih berkebajikan. Sebagai contoh kutipan zakat yang dibuat adalah atas keuntungan dan mestilah mencukupi syarat-
syaratnya.

Kaedah Fiqh Islam menegaskan :

تصرف الإمام على الرعية منوط بالمصلحة
Tindakan/Polisi pemerintah ke atas rakyat hendaklah berasaskan kepada Maslahah (kebaikan rakyat).

Tidak perlulah rakyat Malaysia menyalahkan sesiapa kerana GST adalah mandat yang telah kalian beri kepada pemimpin untuk dilaksanakan. Begitulah juga TPPA.

Mandat itu akan kembali pada rakyat. Pada PRU14. Tanamkan azam, pilih islam dan pemimpin islam sebagai solusi serta mulakan dengan mendaftar pengundi.

“Menuju Politik Idea Dan Solusi”

BERSAMA MELANGKAH, MENUJU PERUBAHAN

MUHAMMAD QAYYUM MOHD NASIR
NURSYIMA NADIA MOHAMAD HIDAYAT

MAJLIS POLITIK NASIONAL, GAMIS 2016

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!