SIGMA Kecam Mahasiswi Dirogol

DSC_0076KUALA LUMPUR – Sinergi Gerakan Mahasiswi Malaysia (SIGMA) hari ini mengecam tindakan kejam 3 orang penjenayah merogol seorang mahasiswi Malaysia di Universiti Padjadjaran, Bandung, Indonesia Sabtu yang lalu.

Menurut Pengerusi SIGMA, Shifaah Abdullah, jenayah melampaui batas kemanusiaan ini wajar ditangani segera oleh kerajaan Indonesia dan Malaysia dalam menjaga aib mahasiswi tersebut serta hukuman yang sewajarnya kepada pesalah.

Beliau berkata, tanggungjawab sesama muslim dalam menjaga maruah dan kehormataan wanita. Perbuatan terkutuk sekiranya pencabulan terhadap maruah wanita terus diperlakukan seumpama kita kembali ke zaman Jahiliyyah.

“Murka Allah buat yang melanggar perintahnya. Nau’zubillah,” ujar beliau dalam satu kenyataan.

Menurut beliau lagi, seharusnya jenayah demi jenayah yang semakin serius ini haruslah ditangani melalui kaedah pengadilan kanun jenayah syariah yang dianjurkan Islam yang memberi keadilan kepada mangsa dan pemangsa.

“Atas sebab itulah pentingnya peranan kehakiman secara adil kepada pesalah. Jika anda menjadi mangsa atau ahli keluarga mangsa, apa perasaan anda?

“Itulah peri pentingnya gerakan GAMIS menerangkan kepada masyarakat berkenaan Kanun Jenayah Syariah atau dikenali ramai sebagai Hudud. (Tidak lain) untuk menghukum dengan adil tindakan kejam seumpama ini dan memberi pengajaran kepada masyarakat lain supaya berasa gerun untuk melakukan jenayah,” katanya.

Beliau juga berpesan kepada mahasiswi agar meningkatkan keselamatan diri samada berada dalam kampus mahupun di luar kampus dan sentiasa berteman sekiranya keluar dari kampus terutamanya, selain mengelakkan daripada mudah mempercayai mana-mana pelawaan lelaki dalam usaha mengelakkan daripada berlaku perkara di luar jangkaan.

Dalam kejadian tersebut, mangsa dipercayai diculik dan diperkosa sebelum ditinggalkan dalam keadaan tidak sedarkan diri di sebuah tempat letak kereta kira-kira 40 kilometer dari tempat dia diculik, Sabtu lalu.

Mangsa kini sedang dirawat di Hospital Hasan Sadikin di Bandung. Polis mengesahkan melalui siasatan awal mendapati mahasiswi itu dikatakan keluar rumah untuk mengambil wang di sebuah mesin ATM yang terletak tidak jauh daripada rumah sewanya di kampus Jatinangor.

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!