SIRI PENERANGAN AUKU #2

Antara punca mengapa mahasiswa memilih untuk menentang AUKU adalah kerana Seksyen 15 yang telah menyekat mahasiswa dari terlibat dalam parti politik dan juga NGO.

Walaupun AUKU turut menyentuh hal-hal lain berkenaan pentadbiran dan penubuhan universiti serta kolej universiti, Seksyen 15 ini lebih menonjol dan diangkat oleh mahasiswa dalam penentangan mereka terhadap AUKU.

Seksyen 15 ini dilihat sebagai bahagian yag paling bermasalah bagi mahasiswa kerana ia secara jelas menghalang hak mahasiswa untuk terlibat aktif dalam politik kepartian.

Walaupun terdapat pengecualian, ianya seperti tiada makna kerana pengecualian bersyarat itu harus mendapat kebenaran dari Naib Canselor Universiti.

Sumber: Mahasiswa Bangkit

“Menuju Politik Idea dan Solusi”

-Majlis Politik Nasional GAMIS 2016-

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!