SIRI PENERANGAN AUKU #3

Kejutan selepas Pilihanraya Umum 2008 yang menyaksikan Barisan Nasional telah kehilangan sokongan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat telah mempengaruhi kerajaan untuk mengambil langkah yang lebih mesra anak muda termasuklah terhadap mahasiswa.

Ini dapat dilihat pada dua pindaan penting terhadap AUKU di mana pada 2009, AUKU telah dipinda untuk membenarkan mahasiswa terlibat di dalam badan bukan kerajaan, manakala pada 2012 mahasiswa mula dibenarkan untuk terlibat dalam politik kepartian.

Seksyen 15 AUKU telah diabsahkan sejak sekian lama dengan pengecualian yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan terhadap batasan kepada hak untuk berpersatuan yang diperuntukkan di bawah Perkara 10.

Atas sebab keselamatan, ketenteraman awam dan moraliti, Parlimen diberi kuasa untuk meluluskan undang-undang membataskan kebebasan ini.

Dengan kuasa inilah kerajaan membentuk sekatan terhadap kebebasan mahasiswa untuk terlibat dalam politik.

Sumber: Mahasiswa Bangkit

“Menuju Politik Idea dan Solusi”

Majlis Politik Nasional (MPN)
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) sesi 2016

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!