SIRI PENERANGAN AUKU #4

Mahkamah Rayuan dalam kes UKM 4 telah mengisytiharkan bahawa Seksyen 15 ini sebagai tidak sah dan tidak mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Menurut mahkamah, sekatan yang dikenakan menerusi AUKU ini langsung tidak mencerminkan tujuan sebenar batasan yang diizinkan oleh perlembagaan.

Bagaimana mungkin kebenaran untuk memberi sokongan terbuka kepada mana-mana parti politik dilihat sebagai menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam apabila parti politik itu adalah entiti yang sah dan didaftarkan di sisi undang-undang, bahkan ahli politik jugalah pemimpin negara yang mewakili rakyat di Parlimen.

Paradoks ini justeru membenarkan penghakiman Mahkamah bahawa sekatan ini tidak munasabah dan faktor penting mesti diambil kira dalam melakukan semakan kehakiman.

Yang Arif juga ada menyentuh berkenaan kapasiti mahasiswa dari sudut umur kelayakan mengundi adalah pada umur 21 tahun.

Adalah tidak rasional apabila kemampuan ini dihalang dengan alasan dangkal pada perkara yang berkisar soal pendirian dan sokongan.

Sama ada kerajaan yang ada memandang remeh kepada kemampuan mahasiswa bersikap matang ataupun penggubalan akta ini sendiri bersifat ‘mala fide’ untuk menyekat sokongan kepada parti lawan.

Penegasan Mahkamah Rayuan mengenai makna dan fungsi sebenar universiti sebagai tempat lahirnya reformis dan pemikir perlu diambil serius bagi mengelak universiti menjadi kilang mengeluarkan graduan yang hanya sekadar mampu akur arahan dan tidak mampu berfikir secara kritis.

Pada tahun 2012, kerajaan melakukan pindaan terhadap AUKU dengan memberikan kebenaran kepada mahasiswa untuk terlibat aktif dalam mana-mana parti politik yang sah menurut undang-undang.

Sumber: Mahasiswa Bangkit

“Menuju Politik Idea dan Solusi”

Majlis Politik Nasional (MPN)
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) sesi 2016

Comments

comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the world!